71|POST PARTUM DEPRESSION DAN MAKHLUK HALUS

93 7 0
                                    

Apa yang saya ketengahkan ini hanya sekadar hiburan sahaja sama ada benar atau tidak, itu hanya Allah Swt yang mengetahuinya.

Enjoy your reading!

play music diatas untuk menambah feel korang ketika membaca

________________

Assalamualaikum w.b.t cuma nak cerita pengalaman sendiri di samping berkongsi pengalaman mengenai post partum depression yang aku percaya ada kaitannya dengan makhluk halus. Cerita nya bermula apabila aku terpaksa berpantang sendiri di rumah mak di kampung lepas 2 minggu bersalin. Suami dah masuk kerja balik dan semuanya aku uruskan sendiri termasuklah masak jaga baby basuh baju. Pendek kata setiap kerja yang ada aku perlu siapkan.

Walaupun ada mak tapi aku jenis prefer buat semua sendiri sebab dah dilatih macam tu dari kecik semua benda buat sendiri. Mak ada la jugak tolong tengokkan baby kadang-kadang time aku mandi ke apa. Memandangkan ni anak sulung aku kelam kabut jugalah takda pengalaman kan.

Lama kelamaan aku dah memang penat sangat stress semua ada. Rasa macam dah terabai sangat. Nak aku luahkan kat suami pun dia sibuk dengan kerja sampai lewat malam baru balik. Dah la orang tua tua selalu pesan kalau ada anak kecil jangan selalu balik lewat malam.

Kadang geram pun ada bila tengok dia balik mandi terus tido tak jaga dah sampai ke subuh. Aku ni la yang bangun time baby jaga tengah tengah malam.

Ada satu petang tu entah kenapa aku rasa berderau je d***h ni rasa benci teramat sangat kat suami. Memang ikutkan hati aku nak menjerit sekuat hati. Perasaan marah aku tu memang tak boleh kawal sampai benda tu yang control aku.

Tangan aku duk bergerak buat macam macam kadang kadang cakar dinding, gelak, menangis macam macam lagilah. Aku memang yakin semua tu bukan terjadi sendiri ada sesuatu dalam badan aku.
Mujur aku takda buat apa apa kat anak aku risau jugak macam macam aku dengar bila post partum ni.

Aku tak nampak benda yang kacau aku tu cuma dapat rasakan dia tengah control aku. Bila aku pasang rukyah makin menjadi jadi dia. Mak aku tengok pelik terus dia bacakan ayat kursi al fatihah semua tu alhamdulillah lepastu ok.

Dan benda ni berulang-ulang beberapa kali tak silap aku dalam 3 minggu jugak baru aku betul betul sembuh. Ada juga panggil ustaz datang rukyah. Sama juga tangan kaki aku bergerak sendiri sebab benda tu ada dalam tubuh aku. Tapi takda la sampai histeria semua tu. Lepas daripada tu aku terus terang dengan suami. Cerita semua yang terbuku dalam hati ni barulah rasa tenang sikit.

Moral dia kat sini suami yang ada isteri dalam pantang tolong la jangan jadi kayu sangat. Selalu tanya ambil berat. Lagi- lagi kalau anak yang sulung. Isteri pula kalau stress jangan pendam lama-lama sebab tak nak benda-benda pelik macam ni la berlaku. 


Credit to: Shida

Historias De Terror {koleksi kisah-kisah seram}Where stories live. Discover now