Harini merupakan hari pertama Elaine sebagai mahasiswi.Dia berasa amat gementar pada hari pertamanya .Disebabkan dia belajar di UTM skudai yang terletak jauh dari rumahnya di Kuala Lumpur tiada seorang pun kawan sekolah menengahnya yang menyambung pelajarannya di sini.Elaine berkata di dalam hati "nampaknya kena cari kawan barulah ni,"katanya sambil tersenyum.
Dia mendapat bilik hostel B18 Yang terletak di bangunan yang paling baru.Terdapat lima buah katil di dalamnya.Dia melihat semua katil sudah penuh kecuali satu yang berdekatan dengan pintu.Dia terus duduk di atas katil itu dan meletakkan barang-barangnya di dalam almari dan baring sebentar.
Selepas itu,dia berkenalan dengan kawan-kawannya yang berada di dalam bilik yang sama iaitu Farah Yang berasal dari Kedah,Linda yang juga berasal dari Johor,Kayra dari Selangor dan Fatihah yang berasal dari Kelantan.
Sudah tiga bulan berlaku,Elaine kini dapat menyesuaikan diri dengan persekitarannya.Ada seorang lelaki yang suka mengekorinya iaitu Aiman atau dikenali sebagai playboy di universitinya.
Elaine sudah letih dengan semua itu.Aiman memberinya surat,coklat dan banyak lagi hadiah yang mahal tetapi dia menolak semua itu.
YOU ARE READING
I love you Mr Sweater Guy[Completed]!!!
Roman d'amourSinopsis:- -Tengku Adam Tan Sri Tengku Haris -Anak kepada Tan Sri Tengku Haris dan Puan Sri Malia -Anak bongsu daripada empat orang adik beradik -Seorang yang baik hati dan handsome, ramai peminat -Satu-satunya anak lelaki...