---
time || taehyung"Ok. Kali ni kita nak ke mana ?" Soal Taehyung pada Eunseul yang tersengih di hadapannya itu. Hampir seminggu selepas dia memutuskan hubungan dengan Hwajin , seminggu ni juga Eunseul sentiasa di sisinya. Memberinya semangat.
"Saya tak nak bagi awak penat kali ni hehe. Jom ikut saya pergi tempat yang menenangkan. Nak tak ?" terang Eunseul.
Dahi Taehyung berkerut. "Kat mana ??"
"Adalah , awak ikut je saya. Arra ?" Eunseul tersenyum lalu jalan mendahului Taehyung. Tanpa banyak tanya , Taehyung hanya mengekori Eunseul dari belakang.
"Kita buat apa disini ?" Taehyung berbicara , memecahkan kesunyian selama 15 minit tadi. Eunseul menoleh ke arah Taehyung sambil tersenyum.
"Awak boleh sabarkan ? Belum sampai lagi."
"Apa ? Belum sampai ?"
"Eung. Belum sampai."
"Aku penatlah , seul-" Keluh Taehyung.
"Alah kejap je! Kat depan tu aje tau. Kajja—" Eunseul berjalan mendekati Taehyung. Pergelangan tangan lelaki itu di pegang lalu menarik Taehyung mendekati sati gazebo yang berada berdekatan mereka.
"Ni rumah arwah harabeoji saya. Saya selalu ke sini untuk tenangkan fikiran. Dari sini awak boleh tengok bandar Seoul." terang Eunseul.
Kepala Taehyung terangguk-angguk mengiyakan kata-kata Eunseul. Betul kata Eunseul , dari sini dapat lihat bandar Seoul. Tenang. Tak sesak. Taehyung memejamkan matanya lalu membaringkan diri , kepalanya beralaskan lengan.
"Awak pun boleh pergi sini."
Perlahan Taehyung membuka matanya. Dia merenung gadis yang menikmati pemandangan bandar Seoul pada waktu malam itu.
"Seul."
"hm ?" Mata Eunseul beralih memandang Taehyung yang berbaring disebelahnya itu.
"Kenapa kau buat baik dekat aku ?"
Eunseul tertawa kecil. Dia duduk bersila disebelah Taehyung. Lengan lelaki itu ditarik agar duduk , sama sepertinya.
"Sebab awak , satu-satunya kawan yang saya ada."
"Tipu kan ?"
"Buat apa saya nak tipu ? Awak pernah nampak saya dengan mana-mana yeoja ? Namja lain ?" Eunseul ketawa kecil lagi.
Taehyung mendiamkan diri memandang Eunseul dihadapannya. "Terima kasih , Seul. Sebab kau bantu aku bangkit dari terus jatuh. Aku hargainya."
Eunseul memandang Taehyung sayu. "Sama-sama , Tae. Itu memang tugas seorang kawan. Saya tak kisah pun." jawabnya sambil tersenyum.
Taehyung tersenyum petak mendengar jawapan Eunseul. Dia berbaring semula. "Benda apa yang kau nak sangat sekarang ?"
"Kalau boleh , saya nak teddy bear dari stranger. Maksud saya , selain keluarga saya." jawab Eunseul tulus. Taehyung tertawa kecil. Biar betul itu permintaan dia ? Desis hati Taehyung.
"Tu je ?"
"Yalah. Itu aje lah. Nak apa lagi ? Saya ni tak ada kawan sebab tu minta macam tu."
Taehyung hanya tersenyum. Lalu memejamkan matanya.
• • • • • •
keep reading and voting , thank you :: 🌼
YOU ARE READING
[C] Time • taehyung
Conto" kalau lah aku selalu ada dengan kau masa tu..." -cast- •kimtaehyung •choeeunseul start ; 14.11.2020 end ; 17.12.2020 ©harutokacak storyline