Chapter Two: Between Us

221 28 29
                                    

"Qian Kun! "Kun terus terbangun dari tidurnya. Semua pasangan mata tertuju padanya. Kelihatan lecturer Kim menatapnya tajam.

"Ya miss? "Tanya Kun, Miss Kim menyuruhnya berdiri untuk menjawab soalan dan Kun pun berdiri.

"Apa nama ubat bagi melegakan sakit kepala? Selain panadol. "Ujar Miss Kim, Kun menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Dia memandang Ten yang duduk disebelahnya. Ten membisikkan sesuatu kepada Kun iaitu 'paracetamol '

Disebabkan telinga Kun bermasalah hari ni, dia tersebut 'paracel' kepada Miss Kim.

Satu kelas ketawakan dia, Kun menggaru kepalanya. Miss Kim menghirup nafas dan dilepaskan perlahan lahan.

"Silakan duduk Qian Kun. Nanti tulis 100 kali paracetamol, esok hantar kat saya. "Ujar Miss Kim dan dia kembali mengajar. Kun menggaru kepalanya dan duduk.

"Wei, asal kau tidur dalam kelas? Selalunya kau tak tidur. "Tanya Ten, Kun memandang Ten.

"Ada orang gila asyik miss call aku semalam. "Ten mengerut dahi, siapa orang gila yang Kun maksudkan?

"Siapa? "

"Sicheng. "

"Jap, Sicheng mana ni? Dong Sicheng? "Kun mengangguk kepala. Mata Ten membulat. "Wei, kau tahu tak Dong Sicheng tu captain hockey dari fakulti kejuruteraan awam. Diorang menang berkali kali doh. Famous gila dia, banyak perempuan suka dia tapi tulah, dia pilih Kim Amie. "Ujar Ten panjang lebar.

"Kau cakap panjang mana pun pasal dia, aku tak nak kisah. "Ujar Kun dan cuba untuk fokus dengan pelajaran. Ten mencebik.

"Tapi kenapa dia call kau? Selalunya orang yang call dia, maksud aku fans dia. "Tanya Ten. Kun mengangkat bahunya.

"Ya mana aku tahu, aku kan cuma ikan. "

"Heol! "

"Mr Chittaphon, kamu nak kena hukum macam Mr. Qian juga ke? " suara Miss Kim membuatkan Ten terus diam. Kun menahan ketawanya apabila melihat Ten yang tiba tiba diam disebabkan Miss Kim.

🏑

Ten dan Kun melangkah keluar dari kelas. Kelas mereka baru sahaja tamat, sekarang mereka berdua nak mengisi perut.

"Mana kau nak makan? Kafe kita kat sana la. "Ujar Ten apabila dia menyedari Kun tidak pergi ke kafe fakulti mereka. "Kafe kat fakulti kejuruteraan awam. "Ujar Kun.

Ten menggaru kepalanya tetapi dia ikut Kun juga dari belakang. Kenapa mereka nak makan dekat sana sedangkan fakulti mereka ada kafe sendiri. Lagipun makanan kat kafe fakulti mereka juga sedap.

Apa yang buat Kun nak makan dekat sana?

"Kun! "Johnny mengangkat tangan sebaik sahaja dia nampak Kun dan Ten mendekati mereka. Kun tersenyum dan mengambil tempat di hadapan Johnny.

Begitu juga dengan Ten.

"Ni classmate aku, Ten. Nama panjang dia, kau tengok sendiri kad matriks dia. "Ujar Kun, Ten menyiku Kun dan itu membuatkan Johnny tertawa melihat mereka.

"Hi Ten. "Sapa Johnny dan Ten hanya tersenyum sambil mengangguk kepala. "Ni Johnny, kawan aku dari highschool. "

"Oh.. Nilah kawan kau yang kau selalu cerita tu. Handsome. "Ujar Ten dan perkataan terakhir itu sebenarnya Ten sengaja sebut. Mata Kun membulat dan dia terus menyiku perut Ten.

Hockey Love (WinKun)Where stories live. Discover now