Chapter Fourteen : Love me like you do

201 24 8
                                    


18+

Sicheng sedang duduk di atas katil sambil mengusap Snowy. Snowy sangat suka dengan usapan yang diberi oleh Sicheng. Sicheng tersenyum melihat kemanjaan kucing itu dengan dirinya. Sedang dia syok bermain Snowy, dia tidak perasan yang Kun masuk ke dalam bilik sampailah Kun menyentuh bahunya.

Sicheng tersentak dan dia terus tersenyum sebaik sahaja dia tahu itu Kun. "Seronok bermain dengan Snowy." ujar Kun, dia mengambil Snowy dan diletakkannya di atas pahanya. Dia mengusap Snowy dengan lembut. Sicheng mendekatkan dirinya dengan Kun, dia menarik pinggang Kun agar Kun mendekat dengannya dan itu membuatkan Kun membulatkan matanya.

"Sicheng, kau buat apa ni?" bisik Kun, Sicheng hanya tersenyum memandangnya, dia mendekatkan bibirnya dengan leher Kun. Nafas hangat Sicheng menyapu leher Kun dan itu membuatkan Kun berasa geli. "Sicheng, gelilah." ujar Kun, Sicheng memeluknya dengan erat. Dia meletakkan dagunya pada bahu Kun, menghirup aroma badan Kun yang memabukkan. 

"Biarlah macam ni dulu. I miss you, kita jarang berjumpa beberapa hari ni."ujar Sicheng. 

"Tak payah mengadalah, kau selalu je jumpa aku dekat fakulti perubatan . Masih lagi rindu aku?"

"I miss you every second every hours" ujar Sicheng, Kun tersenyum kecil. Dia membalas dakapan Sicheng. "Yela Mr Pervert. Lepaslah, aku nak tidur ni." Ujar Kun dan kali ini Sicheng mendengar kata katanya. Sicheng melepaskan dakapan mereka. Selalunya Sicheng tidak akan melepaskan dakapan mereka selagi Kun tidak memberikan satu kucupan untuknya. Hari ini Sicheng menjadi budak baik.

Sicheng membaringkan dirinya dan menepuk tempat kosong yang ada disebelahnya. Katil Kun merupakan Queen saiz dan muat untuk mereka. Kun tidaklah besar mana pun, yang besar tu Sicheng. Kun membaringkan dirinya disebelah Sicheng dan menghadap Sicheng. Tatapan mereka bertemu. 

"Thank you." Ucap Sicheng dan itu membuatkan Kun berasa hairan . "untuk?" tanya Kun. Sicheng tertawa kecil, dia mengusap rambut Kun dengan lembut. Selama Sicheng mengusap rambutnya, ia menjadi favourite Kun. Boleh dikatakan dulu Kun sangat benci apabila rambutnya diusap tetapi sekarang dia suka apabila Sicheng mengusap rambutnya. 

"Perlukah beralasan? Alasan aku terlalu banyak."ujar Sicheng, senyuman menghiasi wajahnya. 

"Mestilah."

"Thanks for everything. Aku tak sangka effort aku selama ni tak sia sia. Terbalas juga perasaan aku."ujar Sicheng, dia menyelitkan rambut Kun yang terjuntai pada telingnya kerana ia menghalang Sicheng untuk menatap wajah Kun. 

He loves everything about Kun. His mole, his dimple, his smile that melt his heart, his laugh and the most important is he loves Kun just the way he are. 

Banyak siswa dan siswi memberitahu Sicheng untuk tidak dating dengan Kun kerana perangainya yang kasar dan suka mencarut tetapi Sicheng tidak kisah dengan itu. Dia lebih suka Kun menjadi diri sendiri.

"Aku tertanya gak, berapa lama kau suka aku?" tanya Kun. 

"Lama juga.  Ia macam love first sight masa aku main hoki tu. Bola kena kau tu, hah masa tu aku tersuka dengan kau. Aku elok je tegur kau tanya kau sakit ke tak tapi kau terus marah aku. Lagilah aku suka kacau." ujar Sicheng, dia mencubit pipi Kun kerana dia terllalu geram dengan Kun. Kun meringis kesakitan dan menepis tangan Sicheng daripada terus mencubit pipinya.

"Tapikan kau tak suka main hoki kan. Kau main sebab Ten yang ajak."

"Mesti Ten yang bagitau kau kan." 

"Haah."

"Heh, aku dah agak dah. Ten suka main hoki, lagi lagi ais hoki. Jadi dia ajak aku main sekali, aku tak suka hoki, aku main bola keranjang tapi tulah, aku tak nak kecewakan dia sebab dia kawan. Jadi masa first time aku main dengan dia tu, aku ternampak kau kat tepi padang. Seyes aku tak sengaja pukul bola sampai kena kau."ujar Sicheng, dia mengusap rambut Kun dengan lembut. Tatapan mata mereka masih bertemu. "Lepas aku  jumpa kau tu, aku mulalah main hoki setiap petang dengan Ten semata mata nak jumpa kau je sebab Yangyang bagitau yang kau selalu tunggu Johnny di situ sebelum balik sampailah aku tak tau yang kau dah pindah." ujar Sicheng, dia mula baring telentang sambil menatap siling bilik Kun. Dia meletakkan kedua dua tangannya di atas dada.

Hockey Love (WinKun)Where stories live. Discover now