"Kau kenapa ni? "Tanya Johnny sebaik sahaja dia mengambil tempat disebelah Sicheng. Lelaki itu sedang meletakkan kepalanya di atas meja, dia hanya memandang Johnny dan tidak berniat untuk menjawab. Mereka sekarang berada di dewan kuliah dan menunggu pensyarah mereka sampai.
Johnny mendengus perlahan.
"Pasal Kun en. "Sengaja Johnny menyebut nama Kun sebab dia tidak mahu melihat Sicheng begitu. Dia tidak suka perangai Sicheng yang diam.
Sicheng mengangguk kepalanya dan mendengus perlahan. Dia membenamkan wajahnya pada meja. Johnny mengusap belakang Sicheng dengan lembut.
"Berapa lama korang tak jumpa? "
"Dua minggu dah. "Ujar Sicheng tanpa memandang Johnny.
Johnny terkejut.
Mana tidak terkejut, dia kenal sangat dengan Kun. Kalau Kun merajuk, paling lama tiga hari je dia tidak bergaul dengannya. Ni dah dua minggu dia tidak jumpa Sicheng.
Marah sangat Kun tu.
"Kau dah cuba jumpa dia ke? "Tanya Johnny, Sicheng mengangkat kepalanya. Wajahnya tidak berdaya sebab memikirkan cara untuk menambat hati Kun kembali.
Dia nak selesaikan semua salah faham itu tetapi Kun tidak mahu berjumpa dengannya.
"Setiap kali aku nampak dia, mesti dia lari. Even aku pergi fakulti dia pun dia lari, sanggup pakai jalan yang jauh asalkan dia tidak serempak dengan aku. "Ujar Sicheng, dia mengusut rambut dan membuatkan rambutnya kusut masai.
"Marah sangat Kun tu. Takpe, aku tolong kau. "
"Betul ke? "Johnny tersenyum sambil mengangguk kepala. "Kau kan kawan aku, mesti aku tolong. "
"Ceh, kalau bukan sebab Ten, kau bukannya nak tolong aku. Ni mesti Ten yang paksa kau tolong aku kan. "Ujar Sicheng, Johnny terdiam.
Benar kata kata Sicheng.
Ten yang paksa dia untuk tolong Sicheng. Ten tidak sanggup lagi melihat Sicheng begitu, dia nak Sicheng yang annoying dan ceria kembali. Satu satunya kawan baik yang dia ada, dia tidak mahu Sicheng yang baru ni.
Dingin dan sedih.
"Hah, aku tolong sebab Ten. Tapi serius, aku kesian dengan kau sebab tu aku setuju. "Ujar Johnny.
"Yela. "Dan pensyarah mereka pun sampai lalu kelas pun bermula. Kelas matematik engineering hanya mengambil masa 2 jam sahaja. Setelah kelas tamat, Sicheng dan Johnny pun mencari Kun.
Sicheng nak selesaikan semua masalah salah faham mereka, dia tidak rela kena ghosting dengan Kun. Dia tidak sanggup.
Hampir satu kampus mereka berdua cari Kun, akhirnya mereka terjumpa Kun di taman kecil yang ada di fakulti kejuruteraan eletrikal.
Disitu Sicheng ternampak Kun bersama seseorang duduk di atas bangku. Kelihatan Kun menyandarkan kepalanya pada lelaki itu. Walaupun Sicheng tidak dapat melihat wajah mereka dengan jelas sebab dia berdiri di belakang mereka tetapi Sicheng kenal itu Kun.
Dan lelaki bersama Kun itu ialah...
Yanan.
Tiba tiba Sicheng merasakan beribu jarum menusuk hatinya. Kenapa rasanya sakit sangat apabila melihat Kun bersama orang lain? Lagi menyakitkan apabila Yanan mengusap rambut Kun dengan lembut.
"Jadi, selama dua minggu ni... Dia hindari aku sebab dia dah bersama dengan Yanan? Begitu kah? "Lirih Sicheng dengan suara yang diperlahankan tetapi Johnny dapat mendengarnya dengan jelas.
Johnny memandang ke arah Sicheng yang berdiri di sampingnya. Sicheng terkaku melihat Kun bersama Yanan. Johnny perasan tangan Sicheng membentuk penumbuk.
YOU ARE READING
Hockey Love (WinKun)
FanfictionSemuanya bermula di kafe Fakulti Kejuruteraan Awam, Kun berjumpa dengan Sicheng iaitu musuhnya dari sekolah lama. Dia tidak menyangka yang dia berjumpa dengan musuh ketatnya di universiti. Sama Universiti pula tu. Nasib tak sama bidang, kalau sama...