"Can i ask you something? "Tanya Kun kepada Sicheng. Sicheng yang duduk di depannya mengangkat kepala. Mereka sedang menikmati makanan tengah hari di cafe yang ada di Nectar Mall.
"Tanya apa? "Tanya Sicheng sambil menyuap makanannya.
"Pasal kau dengan Yanan. "
"Why would you think about Yanan? He's nobody to you tho. "Ujar Sicheng. Kun memutar bola matanya. "Ya memang dia takde kaitan dengan aku tapi ia berkaitan dengan kau. "
"What do you mean? "
"Korang tak boleh berbaik ke? Korang tak rasa bosan ke asyik gaduh je setiap kali bertemu? Kalau aku bosan tau tak. "Ujar Kun sambil memakan makanannya. Sicheng tertawa kecil.
"Entahlah Kun, kalau ikut aku. Nak je aku berbaik dengan dia tapi dia tu ego. "
"Senang cerita, korang berdua sama sama ego. "
"Tak kelakar okay. "
"Kalau boleh aku nak korang berbaik. Aku yang rimas tengok korang berdua jumpa je gaduh. Macam budak budak. "Ujar Kun sambil menggeleng kepala. Sicheng mendengus perlahan, nampaknya dia terpaksa berbaik dengan Yanan.
Ya. Terpaksa, sebab Kun yang nak.
"Baiklah. "Ujar Sicheng. Kun tersenyum memandang Sicheng dan sambung makan. Punyalah mereka keadaan mereka yang hening tu sampailah Sicheng membuka mulut untuk berbicara.
"Aku tak pernah pergi rumah kau. "Ujar Sicheng dan itu berjaya membuatkan Kun memandangnya. "Kenapa pula kau nak ke rumah aku? "Tanya Kun.
Sicheng meletakkan sudu dan garfunya di atas pinggan. Tandanya dia sudah selesai makan.
"Kau selalu je datang rumah aku, jadi apa salahnya aku datang rumah kau. "
"Eh, bukan kau ke paksa aku datang rumah kau. "Ujar Kun. Sicheng tertawa kecil. "Ya, memang aku selalu ajak kau pergi rumah aku. Jadi apa salahnya kalau aku pergi rumah kau, aku nak juga jumpa mak dan bapa mentua aku. "Ujar Sicheng selamba. Kun mengambil sudu dan memukul Sicheng.
Itu membuatkan Sicheng tertawa dan bukannya dia merasa sakit.
"Suka ati je mulut tu cakap mak bapa aku mentua kau. "
"Mana tau, mama dan papa kau pun setuju aku jadi menantu diorang. Macam parents aku gak, diorang setuju kau jadi menantu diorang. "Ujar Sicheng dan itu membuatkan pipi Kun merona merah.
Sebenarnya Kun tiada masalah kalau nak ajak Sicheng pergi rumah dia. Orang tua Kun bukannya homophobic pun, mereka seorang yang terbuka.
Yang masalah sekarang ni ialah hubungan mereka. Hubungan mereka tidak jelas. Nak kata kawan tapi cara mereka bukan macam kawan. Sana sini berciuman, lepas tu pergi dating.
Nak kata bercinta pula, diorang belum mengatakan apa apapun pasal hubungan mereka. Senang cerita, Kun yang masih tidak bersedia nak menjalinkan hubungan dengan Sicheng.
Sicheng sudah bersedia, hanya tunggu jawapan dari Kun sahaja. Sicheng tidak memaksa Kun, dia menyuruh Kun untuk mengambil masa.
🏑
Kun menarik lengan Sicheng, mereka berjalan ke arah fakulti kejuruteraan eletrik. Sicheng betul betul malas dengan Kun. Kun memgheretnya ke fakulti Yanan semata mata nak mereka saling bermaafan.
"Minta maaf dengan Yanan tu sama sekali kau buat benda yang tidak berfaedah. "Ujar Sicheng, dia sangat pasrah sekarang dengan Kun mengheretnya.
"Belum cuba belum tahu, mana tau dia pun nak maafkan kau. "Ujar Kun dan akhirnya mereka menemui Yanan di kafe. Bersama dua orang kawannya iaitu Minghao dan Jun.
YOU ARE READING
Hockey Love (WinKun)
FanfictionSemuanya bermula di kafe Fakulti Kejuruteraan Awam, Kun berjumpa dengan Sicheng iaitu musuhnya dari sekolah lama. Dia tidak menyangka yang dia berjumpa dengan musuh ketatnya di universiti. Sama Universiti pula tu. Nasib tak sama bidang, kalau sama...