Suasana di ruang khas berdekatan kaunter pendaftaran itu sunyi tanpa suara. Baik Jaehee, Seungcheol ataupun Soobin, semuanya diam.
" Ehem, boleh kita mulakan meeting? " Jaehee menyoal. Rasa terkejutnya harus ditolak tepi, urusan formal perlu diutamakan.
Seungcheol mengangguk. Lantas Soobin mengeluarkan beberapa helaian kertas kerja. Mesyuarat berjalan lancar walaupun keadaan memang kekok.
Jaehee berpura pura tenang manakala Seungcheol mengawal perasaannya yang bergolak. Soobin pula cuba untuk tidak mempamerkan wajah simpatinya buat Jaehee. Bukan dia tak tahu alasan Jaehee ada dekat sini.
Setelah hampir 1 jam berbincang, pihak Jaehee berpuas hati dengan segala penerangan dan design dari pihak Seungcheol.
" Jaehee-ssi? " Seungcheol bersuara setelah habis sahaja urusan formal mereka.
" Ya Mr Choi? " Jaehee menyahut, masih dalam suasana formal.
Seungcheol menghela nafasnya perlahan.
" Saya perlu cakap dengan awak, urusan peribadi. Jebal "
Jaehee diam, matanya menatap Seungcheol seketika sebelum matanya beralih pada Soobin.
" Gwaenchana, saya boleh keluar -
" Soobin-ah! Saya rindu dekat awak tahu? Jom, kita minum dekat kafe dulu. Saya belanja okey? " Jaehee tersenyum memandang Soobin. Mengabaikan rayuan Seungcheol sebentar tadi.
" Uh, saya... " Soobin serba salah.
" Pergilah, saya boleh tunggu dekat sini " Seungcheol bersuara.
" Kajja! " Jaehee tersenyum lebar dan keluar dari ruangan tersebut.
" Bos... ok ke? " Soobin menyoal. Walaupun dia tak pasti kenapa Jaehee berkelakuan macam tu dengan Seungcheol, tapi dia tahu apa yang berlaku antara bosnya dan Jaehee.
Seungcheol mengangguk dan tersenyum tawar. Soobin berlalu meninggalkan Seungcheol seorang diri di sana.
Dia mengeluh berat.
-----
Soobin agak risau melihat wajah tanpa perasaan milik Seungcheol. Sejak mereka balik dari meeting dekat Jeju semalam, riak wajah bosnya macam tembok batu. Takde perasaan langsung.
" Ada lagi ke meeting saya selepas ni? "
Soobin tersentak. Terkejut dengan Seungcheol yang tiba ii bersuara.
" T-takde bos. Jadual bos free lepas ni " Soobin menjawab cepat. Nasiblab dia cekap bab ii mengingat jadual bosnya yang kebiasaannya padat.
Seungcheol lantas menutup fail di hadapannya dan menyandarkan diri pada kerusi. Nafasnya dihela panjang.
" Ada apa ii lagi ke bos? " Soobin yang menyedari bosnya ingin berehat lantas ingin mengundur diri.
Seungcheol menggeleng. Fail yang baru ditutupnya tadi diambil dan dihulurkan ke arah Soobin.
" Hantar ke unit pemasaran, boleh? "
Soobin mengangguk. Dicapainya fail yang agak tebal itu sebelum dia berpaling ingin keluar.
" Jakkaman " Seungcheol kembali memanggil Soobin.
"Tolong panggilkan San sekali"
" Okay "
YOU ARE READING
[ C ] hand sanitizer ⦂ 𝙘𝙝𝙤𝙞 𝙨𝙚𝙪𝙣𝙜𝙘𝙝𝙚𝙤𝙡
Fanfiction❝ Hand sanitizer ni aku punyalah bangang! ❞ + kiyowo cover by Pinterest + choi seungcheol's fan fiction + svtbbuing's storyline 2O2O start : O1O72O end : 1OO121