14

183 37 1
                                    

[Choi Seungcheol P.O.V.]

Aku membuka mata perlahan. Persekitaran agak asing hingga -

" Hiks... eomma "

Aku pandang sebelah.

Ada budak lelaki.

" Appa, tolong Cheol "

Aku pandang budak tu tak berkelip. Entah kenapa aku rasa familiar.

" Adik? " aku panggil dia perlahan namun diabaikan. Pandang pun tak.

" Cheol nak appa! Nak eomma! " budak itu tiba ii menjerit.

" Hey jangan nangis " aku cuba sentuh bahu dia.

Tembus.

Tangan aku tembus, tak dapat sentuh dia.

" Kenapa -

" HOI BUDAK! KAU DUDUK SENYAP BOLEH TAK? DARI TADI DUDUK MEMEKAK TAK LETIH KE HA? "

Aku terkejut. Namja yang memakai mask di hadapan sebelah pemandu menjerit ke arah budak tersebut.

" TANAK!CHEOL NAK APPA!NAK OMMA! "

Budak tadi makin kuat mengamuk. Aku kat sebelah pun dia sepak tapi sama macam tadi, badan aku tembus.

" KAU NI KAN! "

Namja tadi mengeluarkan picagari dan menyuntik paksa lengan budak lelaki tu hingga dia tertidur dalam beberapa saat.

" Kau suntik apa tu!" aku menjerit marah.

Tapi dia abaikan. Seolah olah aku tak wujud dalam kereta tu.

Tiba ii, kedengaran bunyi siren dan suara dari belakang kereta.

" SILA BERHENTIKAN KENDERAAN ANDA DAN MENYERAH DIRI! "

" ANDA TELAH DIKEPUNG! "

" POLIS WEH! POLIS! "

" BAWAK LAJU LAGI! "

Tanpa amaran, pemandu kereta yang aku naik sekarang menekan pedal minyak hingga 180 km.

Kereta polis di belakang terus mengejar. Aku pandang budak tadi sekilas. Masih tidak sedarkan diri.

Aku baru faham situasi sekarang.

Budak ni diculik.

" Belok kiri! "

" Tak boleh! Lost control! "

Kereta yang kami naiki mula meluncur laju ke hadapan. Lurus menuju ke arah gaung.

Namja di sebelah penumpang itu mula bersiap sedia membuka pintu kereta.

" Budak tu nak buat macam mana! " pemandu kereta itu menyahut.

" Tak penting! Harga dia berapa sen sangat! Kau nak mati ke? "

Serentak dengan itu, namja itu terjun dari kenderaan yang semakin hampir dengan gaung.

" Tunggulah aku bengap! " pemandu itu mula melepaskan stereng kereta dan melompat keluar.

Sekarang cuma aku dan budak tu yang tinggal.

Baru je aku berpaling ke kanan menghadap budak tu, aku dah bertukar tempat.

Bukan lagi di dalam kereta, tapi di bilik wad peribadi.

" Kat mana pulak aku ni? "

Aku meneliti sekeliling. Ada seseorang sedang berbaring dia atas katil.

Budak tadi.

[ C ] hand sanitizer ⦂ 𝙘𝙝𝙤𝙞 𝙨𝙚𝙪𝙣𝙜𝙘𝙝𝙚𝙤𝙡Where stories live. Discover now