[1. Diserang]

52 6 20
                                    

Zzaasss!!!

Dengan sekali libasan kepala makhluk itu telahpun terpisah dari anggota badannya. Langsung membuatkan makhluk itu tidak bernyawa.

"S-selesai?" Soal Hans tertunduk memegang lututnya. Nafasnya cuba diatur.

Jejaka tadi hanya menganggukkan kepala sahaja tanda tugasnya telah selesai. Dia mula menapak keluar dari kawasan itu bersama rakannya yang bernama Hans.

"Kenapa kau macam marah sangat ni?" Soal Hans memegang lembut bahu lelaki tadi.

"Banyak sangat. Aku letih." Jawabnya.

"Itu jelah jawapan kau. Dah lah, jom balik. Mesti Sensei masak sedap-sedap harini." Kata Hans menyimpan pedang Katana nya pada sarung yang tersisip kemas di pinggang.

Suasana kota Amber pada petang itu riuh-rendah kerana bunyi yang terhasil dari penduduk sendiri. Seperti biasa, kiri dan kanan pekan Amber dibanjiri oleh gerai-gerai. Para-para penjual terpaksa menguatkan suara bagi menarik para pelanggan.

Hans dan lelaki tadi sempat singgah di sebuah gerai buah. Seperti biasa, Hans akan memilih buah epal dan oren sahaja. Katanya, dia memang suka buah yang masam sedikit.

"Berapa Pakcik?" Soal Hans.

"10 Sen." Jawab Pakcik Bob.

"Terima kasih pakcik." Kata Hans dan segera beredar bersama rakannya.

Kediaman Han-Noto, 1623 Petang.

Kelihatan seorang lelaki tua bersama topi hariannya di kepala keluar dari perkarangan rumah seakan menanti kehadiran seseorang. Tangannya disilang ke belakang dan kepalanya didongak ke langit melihat matahari yang kian terbenam.

"Sensei, kami dah balik!!" Sapa Hans setelah memasuki perkarangan rumah Han-Noto.

"Eh, Hans dan Samurai. Macam mana keadaan di Gua Hyujin?" Soal Sensei Han.

"Semua makhluk dah dibunuh. Macam biasa, Samurai membunuh yang besar." Jawab Hans. Kedua anak matanya diputarkan malas.

Jika diberi tugasan membunuh makhluk, pasti Samurai akan membunuh ketuanya atau yang paling besar. Manakala Hans hanya mendapat peluang mencederakannya sahaja.

Lelaki tua tadi hanya tersenyum dan menggelengkan kepala apabila melihat telatah mereka berdua bagaikan adik beradik.

"Hans, Samurai. Pergi masuk dalam, mandi lepas tu makan. Malam ini merupakan malam terakhir kamu menuntut ilmu bersama saya." Kata Sensei Han mengusap janggutnya yang putih serta panjang bagaikan rambut.

"Baik sensei!!" Hans menjawab dengan semangat. Lelaki yang digelarkan sebagai samurai tadi hanya menganggukkan kepala.

Ladang Han-Noto, 2000 Malam.

Hans dan Samurai ditugaskan untuk menggunakan deria pendengaran. Kini, mata kedua remaja itu telahpun ditutup kemas oleh pembantu Sensei Han.

Malam itu juga merupakan malam terakhir mereka berdua menuntut ilmu bersama Sensei Han. Lelaki tua itu juga berhasrat, setelah selesai menurunkan ilmunya kepada Hans dan Samurai dia akan berhenti mengajar.

Ssshhhhh!!!

Semak-semak di belakang mereka mula menghasilkan bunyi. Namun mereka berdua tidak gentar pada bunyi tersebut kerana sudah 3 tahun mereka menuntut ilmu, bunyi semak hanyalah sekadar angin lalu sahaja.

"Tolong!!! Tolong!!!"

Semakin lama, semakin jauh suara orang meminta tolong itu menghilang. Samurai mula berasa tidak sedap hati akan bunyi itu, namun dia membuang perasaan itu jauh-jauh.

"Samurai, rilek. Ia hanya gangguan ringan sahaja." Bisik Hans kepada rakannya.

Samurai hanya mendiamkan diri sahaja. Benar juga kata kawannya itu. Ia hanyalah gangguan ringan sahaja. Namun dia masih merasakan tidak sedap hati.

Bukkk!!!

"Tolong saya..." Kata seorang lelaki. Suaranya memang betul dekat dengan mereka berdua.

Oleh kerana risau, Samurai membuka ikatan matanya. Jelas kelihatan seorang lelaki sedang dimakan hidup-hidup di hadapan matanya oleh beberapa makhluk bertanduk.

"Hans!! Bangun!!!" Jerit Samurai.

Hans terus membuka ikatan matanya. Dia juga terkesima dengan apa yang berlaku. Oleh kerana katana nya berada dengan mereka berdua dengan pantas makhluk bertanduk tadi dibunuh.

"Hans, kau tengok keadaan pekan. Aku tengok sensei." Tanpa mengharapkan jawapan Hans, Samurai terus berlari ke arah kediaman tok gurunya.

Bamm!!!

Pintu pagar rumah besar itu ditendang. Matanya melihat para-para pengawal yang telah dibunuh dan dimakan hidup-hidup oleh makhluk bertanduk tadi.

Tanpa membuang masa dia melajukan langkahnya mencari tok gurunya. Setelah berminit mencari, akhirnya dia bertemu dengan tok gurunya yang terduduk tidak bernyawa.

Nasib tidak menyebelahinya kerana Sensei Han telahpun dibunuh. Perutnya telah dibuka. Usunya ditarik keluar begitu juga dengan isi perutnya.

"Sensei, mereka akan mendapat balasan." Kata Samurai perlahan dan mengambil topi hak milik senseinya lalu dipakai.

Shiinggg!!!

Katananya dikeluarkan dengan pantas. Malah makhluk yang mengerumuni rumah tok gurunya berlari laju ke arahnya yang setia memegang pedang katana.

"Mati." Bisik Samurai sendirian. Kedua matanya kini bewarna merah menyala.

BERSAMBUNG

The Last Demon Hunter [ HIATUS ]Where stories live. Discover now