Pertemuan dengan Ainil Hawa pada mulanya merimaskannya. Tetapi siapa sangka, senyuman manisnya memaksa Jaeden meluahkan hasrat hati semasa Valentine Day. Menginjak dewasa, Jaeden semakin matang dan sibuk mengurus bisnes keluarga. Sekali lagi, setelah sekian lama Ainil Hawa lenyap, mereka bertemu di kaunter. Walaupun cintanya ditolak, Jaeden tidak mampu membuang perasaannya dan melupakannya begitu sahaja. Senyumannya sehari-hari, menyinari hari Jaeden. Tingkah lakunya yang penuh adab sopan, menjentik hati lelaki Jaeden. Malunya yang manis, membuka pintu hati Jaeden. Untuk menyelongkar lebih dalam apakah yang menyebabkan gadis ini begitu tenang dalam agama yang dipegangnya. Melalui Ainil Hawa, mungkin Jaeden sudah bertemu Hawanya. AUTHOR'S NOTE: Cerita ini mungkin ringkas dan tidak puas bagi sesiapa yang suka baca novel. Tapi hasrat penulis bukan nak buat novel. Hanya untuk menyampaikan mesej yang tersirat. Cerita ini dalam dwibahasa. Kerana kadang tu ada masanya English tells us more. Bahasa Melayu pun apa kurangnya, kadang tu lebih sedap. Ikut suka author lah... haha. happy reading ya! (credits to @Aish_official for the title and lil Jaeden) love; ck