"Aku nak kahwin." Lafaz Seong Woo senafas. Tersembur air yang diteguk Yixing mendengar adik tirinya memberitahu hasrat tersebut. "Nak kahwin?!" "Hmm..." "Kau buang tabiat ke apa ni? Kau nak kahwin?" Bagaikan hendak pengsan Yixing rasakan ketika ini. Manakan tidak? Adiknya tidak pernah bercinta, tidak pernah serius, malah gelaran 'International Playboy' sudah kerap menyapa telinganya apabila Seong Woo berada di tempat belajar. Tak alih, nak kahwin! "Taklah, bang. Aku serius. Aku nak kahwin." "Yelah, dengan siapa? Tunjuk dulu, baru abang izinkan kau kahwin. Tapi abang macam ada terhidu sesuatu yang tak best. Kau ada simpan sesuatu ke? Yang abang tak tahu?" Wajah dingin Seong Woo bertukar angin. Mula gelabah. Tapi masih boleh kontrol macho. "Woo.. kau ada simpan apa-apa ke?" "Tak. Mana ada." "Habis tu? Kau gelabah?" "Taklah..." Seong Woo tiba-tiba bangun. Dan serentak, ada sesuatu benda terkeluar dari poket seluar adik tirinya itu. Pantas Yixing bangkit dan mencapainya. Bulat terus mata Yixing apabila terbaca nam alat tersebut. "ONG SEONG WOO!" Seong Woo memalingkan tubuh malas. Tetapi matanya terus sahaja segar apabila melihat abangnya memegang 'khazanah' yang disimpan rapi sejak tadi. Gigi diketap, mulut mencarut. Mcam mana boleh terkeluar?! "Jujur dengan abang, Woo..." "Tak, tu kawan punya." "Kau nak tipu abang? Kau nak tipu apa lagi, Woo? Kau cakap." Bibir Seong Woo bergetar hebat. Jarang dia lemah depan abangnya. Tetapi kali ini dia takut. Macam mana dia nak bertanggungjawab? Sedangkan dia masih muda? 23 tahun. Apa je tahu?! "Let me explain." "Kau nak explain apa lagi? Ni, bukti! Oh.. patutlah kau nak kahwin ya? Kau mengandungkan anak siapa ni, Ong Seong Woo?!" Nantikan...