Seong Woo di barat, Haerin di timur. Seong Woo di utara, Haerin di selatan. Makanan yang dah tersedia langsung tidak dijamah. Seong Woo memang lapar. Tetapi nafsu makannya terus mati jika Haerin berpanjangan begini. Asyik diam kerana kesilapannya tadi.
"Haerin... kau masih marah aku ke?" Soal Seong Woo dari ruang tamu. Menyoal si isteri yang berada jauh di dapur. Duduk di atas kerusi bar sambil menyusun cawan plastik di kabinet.
"Okey, aku minta maaf..." suara Seong Woo lembut meminta maaf. Namun langsung tiada sahutan dari Haerin. Malah Haerin sengaja menghentak-hentak cawan plastik atas rak dengan kuat.
"Janganlah hentak kuat-kuat. Pecah nanti kita nak minum pakai apa? Daun pisang?" Seong Woo sudah berdiri. Tetapi dia tidak berjalan mendekati Haerin. Dia menyeluk tangan ke dalam poket seluar pendeknya. Melihat gerak-geri tubuh Haerin yang semakin berisi dari belakang.
Haerin mengelap cawan-cawan yang ada dengan kain tuala. Wajahnya cemberut tidak senyum. Hatinya masih menggerutu geram dengan kejadian tadi. Terasa sungguh hatinya.
Cawan selesai dilap dan disusun. Tangan dicuci ala kadar sebelum memusingkan tubuh. Seong Woo sedang bermain telefon bimbitnya. Leka. Dalam kesempatan ini, Haerin mengambil peluang untuk melarikan diri. Tetapi ketika tubuhnya melewati Seong Woo, lelaki itu pantas menapak dan memegang lengannya kejap.
"Nak pergi mana?"
"Lepas, Seong Woo."
"Aku tanya, nak pergi mana?"
"Sakit..." Haerin cuba untuk melepaskan genggaman erat Seong Woo, tetapi gagal. Betapa kuatnya lelaki itu memegang tangannya. Sehingga tangannya terasa sejuk gara-gara aliran darah tidak lancar.
"Teman aku makan." Pinta Seong Woo. Perlahan-lahan dia melonggarkan tangan Haerin. Tetapi sebaliknya bahu Haerin dipeluk dan dibawa tubuh itu ke meja makan.
"Awak makanlah sendiri. Saya tak nak." Seong Woo tidak peduli. Dia terus mengheret sehingga Haerin terduduk di atas kerusi.
"Teman je. Tak susah pun kan?"
"Saya kata ta..."
"Nak teman atau nak kena cium?"
Haerin terus senyap. Tidak jadi dia hendak mengangkat punggung. Seong Woo tersenyum sinis. Dia melabuhkan duduk di atas kerusi bersebelahan dengan Haerin. Dua bekas makanan dicapai. Lantas disenduk nasi ke dalamnya dan diletakkan di hadapan Haerin. Bekas-bekas kecil yang berisi lauk tiga jenis dibahagikan kepada dua. Separuh untuk Haerin dan separuh untuknya.
Seong Woo mula makan, tetapi tidak Haerin. Masih lagi kaku.
"Lah kenapa tak makan lagi?"
"Saya tak lapar. Awak nak makan, makanlah. Saya nak ke bilik." Haerin kembali mengangkat punggungnya. Tetapi dia tahu, dia tidak akan lepas. Tangannya digenggam erat. Sangat erat.
"Makan je kan? Tak susah pun." Suara lembut Seong Woo menyapa telinga. Haerin mengeluh. Dia memeluk tubuh. Melihat Seong Woo tersenyum, lagilah dia sakit hati.
"Kenapa mesti senyum? Tak kelakarkan?"
"Senyum pun salah?!"
"Salahlah! Benda tak lawak pun kan. Nak senyum buat apa?" Bentak Haerin semula. Seong Woo tidak marah. Malah dia semakin melebarkan senyuman. Maka semakin melebar rasa marah Haerin. Dia terus berdiri dan berlari anak menuju ke biliknya yang ada di tingkat bawah.
-
Dua hari Seong Woo membiarkan Haerin dengan rajuknya yang berpanjangan. Dia lebih memfokuskan diri dengan ujian praktikal yang semakin hari semakin mengasak kepalanya. Kerja semakin bertimbun, dia dia mula rasa kurang masa untuk bersama dengan Haerin.
YOU ARE READING
[HIATUS] Artifical Love 인공적인 사랑 (Seong Woo Wanna One)
Fanfic"Aku nak kahwin." Lafaz Seong Woo senafas. Tersembur air yang diteguk Yixing mendengar adik tirinya memberitahu hasrat tersebut. "Nak kahwin?!" "Hmm..." "Kau buang tabiat ke apa ni? Kau nak kahwin?" Bagaikan hendak pengsan Yixing rasakan ketika ini...