Ong Seong Woo dan Kang Daniel menapak segak menuju ke sebuah kafe barista yang baru sahaja dilancarkan beberapa hari lepas. Kebetulan pula Seong Woo dan Daniel hantu kopi, mereka sanggup ponteng pergi kerja hari ini sebab nak minum di sini.
Seong Woo masih dalam tempoh praktikal kerana dia akan bergelar jurutera pembinaan badan kapal. Daniel pula seorang pramugara lapangan terbang. Skop pekerjaan mereka mungkin nampak berbeza, tetapi masih boleh menemukan rakan baik ini dan menggila sewaktu zaman belajar di Jepun dahulu.
"Mana kau tahu dekat sini ada kafe baru? Ini jalan balik rumah kut. Aku tak perasan pun." Omel Seong Woo sambil menolak pintu kafe perlahan. Daniel tertawa halus.
"Mata aku kan mata helang. Macam kau."
"Eh tak. Kau mata gagak je. Aku barulah mata helang." Canda Seong Woo. Mati gelak Daniel.
Mereka mengambil tempat di satu tempat yang agak tersorok. Memandangkan kafe ini baru, jadi agak sunyi tengah hari ini. Tiada pelanggan.
"Minum, encik?" Sapaan seseorang menyebabkan tumpuan dua jejaka kacak ini teralih. Kepala terdongak memandang figura dan wajah cantik seorang wanita. Nampak matang dan muda. Lengkap berpakaian uniform pekerja.
"Ehemm.. minum?" Wanita itu berdehem apabila dua lelaki ini hanya memandangnya tanpa berkelip. Seong Woo alihkan mata. Daniel berdehem kasar.
"Err.. Espresso dua."
"Eh tak. Espresso satu. Latte satu." Pintas Seong Woo. Daniel menoleh dan menggaru belakang kepala. Wanita itu tersenyum dan mengangguk.
"Tunggu ya..."
"Setahun pun tak apa." Wanita itu menggeleng sahaja mendengarnya. Daniel tersenyum senang melihat tubuh wanita itu berlalu pergi. Seong Woo menggeleng kecil.
"Tak habis-habis kau ni. Entah siapa-siapa kau usya. Buatnya isteri orang."
"Aik? Lain bunyi. Dah cuci tangan ke, dik?" Terbahak-bahak Daniel ketawa. Seong Woo menumbuk lembut bahu Daniel. Dengki.
"Tak cuci tangan. Tapi insaf sikit je."
"Cakap jelah kau dah tak ada stok. Tu, ramai. Pilih je. Yang tadi pun cantik." Kata Daniel sambil ralit menjamah seluruh tubuh wanita tadi dengan anak matanya yang tajam bak helang.
"Tak naklah. Tak ada nafsu." Kata Seong Woo lagi. Daniel mendengus kasar sambil menggeleng.
"Kelakarlah kau, Woo. Sejak bila nafsu kau padam ni? Ke kau dah tukar selera? Gay eah?" Kening Daniel ternaik-naik. Bulat mata Seong Woo.
"Kalau aku gay sekalipun, orang pertama yang aku reject, kau."
"Amboi..."
Perbualan mereka mati apabila wanita yang sama datang mendekat dan meletakkan dua cawan kopi berlainan jenis di atas meja dua lelaki kacak ini. Belum sempat wanita itu melangkah, Seong Woo menahan.
"Excuse me," Daniel yang melihat hampir tersedak air liur. Tadi jual mahal! Ni dia dah mengayat dulu, gerutunya dalam hati.
"Ya?" Wanita itu memalingkan tubuh. Seong Woo mengecilkan matanya memamdang wanita tersebut. Dia rasa... ada sesuatu yang tidak kena dengan wanita ini.
Pantas Seong Woo berdiri dan mendekatkan tangannya pada wajah wanita tersebut.
"Saya rasa terganggu tengok awak kalau rambut awak terbang macam ni. And one more.. saya takut rambut awak gugur dalam minuman saya. Kalau saya terminum, tertelan, lepas tu jatuh cinta dengan awak, tak ngeri?" Sambil menyelitkan helaian rambut wanita itu ke belakang telinga.
Berdekah-dekah Daniel ketawa. Siap tepuk-tepuk meja. Wajah Seong Woo tersenyum simpul melihat wajah wanita itu memerah. Tanpa bicara, wanita itu terus berjalan laju ke dapur. Seong Woo masih tersenyum dan duduk.
YOU ARE READING
[HIATUS] Artifical Love 인공적인 사랑 (Seong Woo Wanna One)
Fanfiction"Aku nak kahwin." Lafaz Seong Woo senafas. Tersembur air yang diteguk Yixing mendengar adik tirinya memberitahu hasrat tersebut. "Nak kahwin?!" "Hmm..." "Kau buang tabiat ke apa ni? Kau nak kahwin?" Bagaikan hendak pengsan Yixing rasakan ketika ini...