°•○● Bab 7

2.4K 316 27
                                    

Unpub kejap tadi sebab ada tambah gambar kat bawah. Lupa semalam nak add. Hari ni dah add, so perkahwinan tu akan nampak lebih real. Saya akan buat teaser sikit dan saya bagi link bila dah siap. Thanks!

-----

Seong Woo kemas berkemeja. Hari ini, majlis perkahwinannya dan Haerin akan berlangsung. Segala persiapan tidak semeriah majlis perkahwinan orang-orang biasa. Hanya berkahwin di sebuah pusat perkahwinan dan hanya disaksikan oleh Daniel dan Yixing.

Kemeja putih ini dipadankan dengan kot hitam dan bow hitam putih sahaja. Rambut disisir kemas. kalau diikutkan hati, dia cuna pakai kemeja putih sahaja. Tapi atas permintaan si sepet kacak iaitu Daniel, dia kena memakai kot dan bow, manakala Haerin tetap berbusana pengantin kerana akan ada beberapa tangkap gambar nanti sebagai bukti di atas sijil perkahwinan.

Seong Woo ikutkan sahaja. Yixing pun sama. Malas hendak bertekak dengan Daniel yang pasti, memang dia akan kalah di pengakhiran pedebatan nanti.

Telefon bimbit, dan segala barang-barangnya dikemaskan dan di bawa turun ke tingkat bawah penthouseya. Kunci kereta terus dicapai, kemudian dia membawa diri ke pintu rumah. Baru sahaja dia pulas tombol, hampir jatuh segala barang-barangnya di atas lantai.

Sejak bila pula burung merak betina ni ada kat sini, getus hati Seong Woo.

"Hai, boy." Teguran dari seorang gadis yang cantik mengejutkan Seong Woo. Panggilan yang dihulurkan khas buatnya itu membuatkan dia rasa menjengkelkan. Macamlah dia ni tak ada jantina sampaikan nak kena sebut tu semua.

"Hmm.. nak apa?" Soal Seong Woo, mendatar. Kakinya menyarungkan kasut dan kemudian berjalan ke keretanya melepasi tubuh adik sepupunya ini, Se Young.

"Saja datang jenguk awak. Dah lama tak jumpa." Ujar Se Young sambil tersenyum. Dia mendekati Seong Woo yang mula hendak menghidupkan enjin kereta untuk dipanaskan.

Seong Woo senyap. Dia memang tidak berkenan dengan anak saudara ibunya ini. Entah macam mana boleh tersangkut dengan dia. Asyik nak melekat 24 jam. Rimas!

"Seong Woo..."

"Kau nak apa?"

Se Young kemam bibirnya yang dicalit merah dengan gincu berjenama M.A.C.

"Awak nak pergi mana? Sibuk siap-siap. Macam penting je?" Soal Se Young. Seong Woo berdecit kasar.

"Keluar. Kerja."

"Kerja? Bukan ke hari ni hari Jumaat? Office awak off kan?"

"Hei, suka hati akulah nak datang office bila pun. Ada menyusahkan kau? Tak ada kan?" Angin Seong Woo sudah ribut satu badan. Rasa rimas dan menyakitkan hati. Jam dikerling sebelum pintu kereta diluaskan untuk masuk ke dalam. Tetapi, tiba-tiba sahaja lengannya dipaut erat oleh gadis ini.

"Staylah dulu. Saya baru je sampaikan?" Kata Se Young.

"Aku tak suruh kau datang sini pun." Kata Seong Woo. Lengannya masih utuh pada tangan Se Young. Dia tidak menepis.

"Saja je nak datang jenguk. Tak boleh?"

"Dahlah, tak payah nak mengada-ngada sangat. Sekarang, lepaskan tangan aku." Arah Seong Woo. Wajah Se Young dipandang. Se Young kemam bibir. Lengan kemeja putih Seong Woo digenggam. Berat hati.

"Lepas."

"Sekej..."

"Lepas aku kata."

Perlahan-lahan tangan Se Young terlerai dari menggenggam lengan Seong Woo. Wajahnya tampak kecewa. Entah macam mana lagi dia hendak tunjuk rasa cintanya terhadap abang sepupunya ini. Dia sudah puas meluahkan, tetapi Seong Woo tetap tidak melayan. Dia terlalu ingin merasai cinta Seong Woo. Tapi itulah... Seong Woo terlalu liat untuk dibentuk.

[HIATUS] Artifical Love 인공적인 사랑 (Seong Woo Wanna One)Where stories live. Discover now