"Macam dah habis je. Yang lain tak segar macam awal-awal pagi." Kata Seong Woo sambil memegang bakul kecil pada tangan. Dalam bakul itu masih kosong. Longgokan buah kiwi di atas meja lebar menjadi perhatian mata. Namun Seong Woo agak tidak suka dengan buah kiwi yang tinggal. Banyak yang rosak dan tidak segar.
"Beli dua tiga je. Saya pilih. Okey?"
"Kau kan pregnant. Makan buah kiwi yang tak segar, tak bagi effect ke?"
Tertawa Haerin dibuatnya. Kaki terus menapak tanpa mempeduli larangan Seong Woo yang kadang-kala sikap waspadanya mengusik jiwa. Tersentuh juga hati dia. Tetapi kadang-kala Seong Woo kelihatan agak paranoid sehinggakan dia hendak berjalan-jalan sendiri pun tak diberi ruang.
"Ambil yang segar-segar. Yang dah rosak tak payah pilih."
"Yang besar-besar tu tak sedap. Yang sederhana je."
"Cubalah pilih yang elok sikit. Yang besar tak semestinya sedap."
Bebelan Seong Woo menyebabkan Haerin menahan senyum. Tak tahu langsung bahawa Seong Woo nampak cerewet.
Selesai menimbang buah, Haerin kembali mendekati Seong Woo yang nampak tegang wajahnya.
"Aku dah pesan dah pilih yang elok. Kenapa pilih yang dah nak terkoyak kulit?" Soal Seong Woo. Dia dan Haeri berjalan beriringan.
"Kalau nak yang betul-betul perfect, baik kita petik sendiri kat pokok." Kata Haerin. Seong Woo menjeling. Tangannya yang bebas sebelah kiri menarik pinggang Haerin supaya tubuh itu rapat dengannya.
"Kau perli aku ke?"
"Eh, mana ada!"
"Eleh.."
"Betul. Awak terasa ke?" Soal Haerin, berani. Tangan Seong Woo ditepis apabila terasa pinggangnya dicuit. Geli
"Bukan terasa."
Haerin menahan senyuman. Sesekali dia berdecit halus apabila tangan Seong Woo merayap di tepi perutnya yang mula membuncit.
"Jangan peganglah! Geli."
"Gemuknya kau sekarang. Pinggang kau pun dah tebal."
"Seong Woo..." masam wajah Haerin. Dia menolak tangan Seong Woo yang masih berada di pinggangnya yang memang mula mengumpul lemak.
"Apa? Betullah. Kau kena jaga makan. Jangan makan benda yang berlemak. Oh ya, lepas ni kau kena minum susu. Biar kau tak lembik, bersemangat sikit." Kata Seong Woo dan menarik tangan Haerin ke sudut susu ibu mengandung. Wajah Haerin tiba-tiba merah padam.
"Awak ni, malulah saya. Jom, balik. Saya nak kiwi je."
"Aku tahu kau tak suka susu. Kan? Kejap," Seong Woo membebel dan membelek tin susu besar yang tersusun rapi di atas rak. Setelah melihat mengikut kefahamannya, Seong Woo mengambil tiga tin susu saiz besar dan masukkan ke dalam bakul.
"Banyaknya! Siapa nak minum?!" Spontan mata Haerin membulat. Seong Woo selamba sahaja. Mereka menuju ke kaunter pembayaran.
"Seong Woo, banyak sangat susu tu. Saya tak suka susu."
"Minum jelah. Telan je. Apa yang susahnya?" Haerin mengembungkan pipi. Melihat barang-barang yang diambil sudah selamat dibayar, tiada harapan untuk dia mengelak. Susu? Urghh... tak sanggup.
"Terima kasih." Seong Woo menjinjit beg plastik yang berisi barang-barang. Bahu Haerin dipeluk dan menyambung perjalanan ke parkir kereta.
Haerin senyap. Masih sentap dengan keputusan Seong Woo yang memaksanya untuk minum susu.
YOU ARE READING
[HIATUS] Artifical Love 인공적인 사랑 (Seong Woo Wanna One)
Fanfiction"Aku nak kahwin." Lafaz Seong Woo senafas. Tersembur air yang diteguk Yixing mendengar adik tirinya memberitahu hasrat tersebut. "Nak kahwin?!" "Hmm..." "Kau buang tabiat ke apa ni? Kau nak kahwin?" Bagaikan hendak pengsan Yixing rasakan ketika ini...