°•○● Bab 8

2.8K 316 24
                                    

Seong Woo baring di atas katil sambil bermain telefon bimbit. Dia baru selesai mandi dan berkira hendak tidur seketika. Haerin pun agaknya sudah tertidur. Dia tidak mahu menganggu wanita itu yang berada di bilik bawah.

Telefon dimatikan, Seong Woo pejamkan mata. Baru sesaat dia pejamkan, telinganya terdengar bunyi ketukan dari luar. Mata dicelikkan.

"Masuklah..." lembut suara Seong Woo kedengaran. Hendak menjaga hati si isteri yang mengandung punya pasal.

Pintu terkuak, tubuh Haerin terpamer. Seong Woo mamai. Dia terlalu mengantuk.

"Awak..."

"Hmm..."

"Awak nak makan apa-apa? Saya nak masak." Soal Haerin. Dia berdiri di muka pintu. Mata Seong Woo terus segar.

"Kau nak masak? Tak payahlah. Kejap lagi kita keluar makan. Okey?" Kata Seong Woo. Haerin menunduk ke lantai.

"Tapi saya teringin nak makan nasi goreng daging."

"Nanti kita belilah dekat kedai. Sama je kan?"

"Lain..."

Seong Woo diam. Bukan dia tidak faham dengan emosi Haerin. Tapi matanya terlalu mengantuk sehingga tidak boleh dicelikkan..

"Tak apalah kalau awak tak bagi. Saya..."

"Haerin..." Seong Woo bangun juga dari perbaringannya. Melihat tubuh Haerin melangkah keluar, cepat-cepat dia berlari dan dipeluk tubuh itu daripada belakang.

"Kalau nak masak, masaklah. Masak lebih sikit. Aku nak juga." Kata Seong Woo, terpaksa. Kalau diikutkan hati, dia memang tidak mahu Haerin sentuh walau seinci pun barang-barang yang boleh menyebabkan wanita itu sakit. Tetapi dia tidak mahu juga melihat Haerin bersedih. Terpaksalah dia lepaskan.

"Tak apa. Awak tidurlah. Saya makan buah je..."

"Hei.. kenapa ni?" Seong Woo pusingkan tubuh Haerin. Dagu wanita itu ditarik dan dihadapkan ke wajahnya. Jelas, Haerin mula sensitif. Dah agak dah...

"Kan aku dah izinkan. Pergilah masak." Lembut tutur kata Seong Woo. Enak telinga Haerin mendengar.

"Awak tak marah?"

Seong Woo geleng.

"Awak tak suka saya kan?"

"Kau cakap apa ni? Kalau aku tak suka kau, dah lama aku biarkan kau. Tak kahwin dengan kau." Ujar Seong Woo, tenang. Demi memujuk Haerin, disebut apa sahaja yang terlintas dalam kepala otak.

"Betul ni awak tak marah saya?" Sekali lagi Haerin menanya. Dan sekali lagi Seong Woo menggeleng.

"Tak. Aku tak marah. Masaklah. Bahan-bahan dah ada. Aku nak tidur sekejap. Penat." Kata Seong Woo. Pipi Haerin diusap lembut.

"Okey. Terima kasih." Haerin tersenyum. Jantung Seong Woo sekali lagi berlari laju. Dup dap dup dap.

"Sama-sama." Seong Woo melepaskan tangannya dari bersentuhan dengan tubuh Haerin. Haerin berlalu ke lif dan turun ke bawah. Seong Woo tutup pintu bilik dan melompat naik ke atas. Fikirannya melayang terbang. Entah kenapa, dia merasakan Haerin sangat istimewa. Sangat istimewa pada pandangan matanya.

Dengan mata yang mamai dan mengantuk, perlahan-lahan Seong Woo pejamkan mata dan selepas itu, dia tertidur.

-

Haerin tersenyum kecil tanda dia puas melihat masakannya sudah pun selesai. Sesekali hidung yang berair dikesat dengan tisu yang sentiasa berada di dalam genggamannya. Alahan mengandungnya masih lagi ada. Malah makin lama makin teruk. Tetapi hari ini dia sekadar rasa pening dan letih sahaja. Tidak seteruk selalu.

[HIATUS] Artifical Love 인공적인 사랑 (Seong Woo Wanna One)Where stories live. Discover now