Haerin memeluk lutut. Memikirkan perkahwinannya akan berlangsung minggu hadapan. Hampir seminggu juga dia dan Seong Woo berkenalan. Walaupun dia kekok kerana terasa tua di hadapan Seong Woo, tetapi Seong Woo bijak mengendalikan situasi.
Dia akui, kematangan Seong Woo menyebabkan dia rasa bodoh. Harap umur je banyak, tapi Seong Woo yang muda tu pun lebih matang dari kau, marah Haerin pada diri sendiri.
"kita akan kahwin. Tapi aku harap kau selesa dengan apa yang aku bagitahu ni. Aku tak nak kau sedih bila aku ceraikan kau nanti. Mulakan hidup baru bila aku tak ada. Kau fahamkan, yang aku masih muda. Aku nak kejar cita-cita. Aku harap kau faham."
Haerin menarik nafas panjang dan berat. Walaupun Seong Woo tak banyak letak syarat, tapi dia rasa sangat bertuah. Kebaikan lelaki itu menyebabkan hatinya terbuai buat seketika.
Drtt.. drtt...
Telefonnya bergetar. Haerin panjangkan tangan dan melihat siapakah gerangan yang menelefon.
Seong Woo. Haerin terus angkat.
"Helo,"
"Hmm.. angkat pun. Kenapa lambat?" Soal Seong Woo. Suaranya agak dingin dari biasa. Haerin mengerutkan dahi. Hairan.
"Mana ada lambat. Saya ada je." Jawab Haerin. Tak selesa apabila dia seakan baru dimarahi. Padahal salah pun tak ada.
"Lambat. Tetap lambat. Kau mesti ada buat kerja-kerja rumahkan? Aku dah pesan, tak payah sentuh apa-apa. Duduk dalam bilik, rehat je. Kenapa susah sangat?"
"Yang awak nak marah saya kenapa? Saya tak buat apa-apa pun. Awak tuduh saya pula. Dahlah, kalau awak rasa, saya ni membebankan awak, kita tak payah kahwin. Batalkan je."
Tet! Haerin kemam bibir bawah untuk menahan air mata. Entah kenapa, emosinya terganggu dengan teruk sekali. Dia mudah terasa. Dia terlalu sensitif. Dituduh sesuatu yang tidak dibuat membuatkan Haerin hilang arah.
Telefon dicampak atas katil, tubuh dimasukkan ke bawah selimut. Mata dipejam, mengharapkan wajah Seong Woo lari dari benaknya.
-
Seong Woo terkebil-kebil memandang telefon bimbit sendiri selepas panggilannya ditutup oleh Haerin. Daniel yang melihat mengangkat kening sebelah.
"Dah kenapa?"
"Aku tegur je, bro. Dia terus letak." Kata Seong Woo, tidak percaya. Telefon diletakkan di atas meja dan mula menyedut minuman melalui straw. Daniel tertawa halus sambil mengunyah.
"Dah kau tegur macam dia buat kerja binaan. Manalah dia tak merajuk. Dahlah tengah pregnant. Kau ni..." Daniel menggeleng kepala. Sejak Seong Woo memberitahu berkenaan dengan hasrat untuk berkahwin dengan Haerin, semata-mata untuk membantu gadis itu, Daniel terus menyokong. Malah dengan rela hati mahu menjadi saksi perkahwinan Seong Woo dan Haerin nanti.
"Aku tegur je. Tegur. T.E.G.U.R."
"Perempuankan... kau fahamlah sikit." Daniel mula tak senang hati. Kadang-kala panas baran Seong Woo tidak kena tempat. Semua nak dimarahnya.
"Putus selera aku."
"Jaga sikit baran kau tu, Woo. Lepas ni nak kena jadi suami dia. Tahan segala kerenah dia. Hish." Ujar Daniel.
"Aku pun tak tahu kenapa aku ambil keputusan ni." Ayat Seong Woo yang tiba-tiba itu membuatkan Daniel terdiam. Tidak jadi hendak menelan.
"Kejap, apa motif kau buat semua ni?"
"Nak tolong Haerin. Lepas tu, dia berdikari sendiri."
"Hah.. tolong jelah. Apa masalahnya?"
Seong Woo diam. Wajah diraup berkali-kali. Dia sebenarnya keliru dengan perasaannya sendiri. Dia takut kalau dia terjatuh cinta. Lepas tu, dia sakitkan hati wanita sepolos Haerin. Rasa macam.. dia terlalu kejam pula. Padahal sebelum ini pun dia pernah meninggalkan ramai gadis-gadis.
YOU ARE READING
[HIATUS] Artifical Love 인공적인 사랑 (Seong Woo Wanna One)
Fanfiction"Aku nak kahwin." Lafaz Seong Woo senafas. Tersembur air yang diteguk Yixing mendengar adik tirinya memberitahu hasrat tersebut. "Nak kahwin?!" "Hmm..." "Kau buang tabiat ke apa ni? Kau nak kahwin?" Bagaikan hendak pengsan Yixing rasakan ketika ini...