1 | Passive Keeper "Kau ni lahir-lahir je kat atas muka Bumi ni memang nak seksa aku ke?" Sinis aku menyindir sambil menjeling tajam ke arah satu-satunya insan yang aku benci. Meluat. Paling menyampah! "What can I say? It's my duty." Selamba dia menjawab. Buku nota kegemarannya dipegang rapi di sisinya. "Semaklah cakap dengan kau ni! Dahlah kaki perempuan. Talam dua muka pula tu!" "Trust me, sweetheart, as the head prefect of Alfa, it is my job to keep troubles away. And you know what? You are a troublemaker. That reason alone is enough for me to pledge to keep you away." --- Aku Seri Hanira dan aku membencikan seorang manusia yang bernama Farrell Shahraziq; ketua pengawas SMK Alfa, merangkap kaki perempuan terbesar di Asia Tenggara ini. Orang kata dia gentleman. Orang kata dia juga baik, tapi hakikatnya aku melihat dia seperti seorang psikopat. Di sekolah bukan main lagi pakai songkok hitam bertingkat-tingkat persis alim ulama tapi di luar, nauzubillah, cuma Tuhan sahaja yang tahu. Bagi aku, Farrell Shahraziq ialah the devil's reincarnation. Sesuatu yang bertopengkan manusia. Mana taknya, aku seorang sahaja yang menjadi sasarannya di sekolah. Memang rosak habis nama aku dicatatnya atas kesalahan-kesalahan yang tak masuk akal. Oleh kerana itu, aku akan terus membenci dan menjauhinya. Namun, sepandai-pandai manusia merancang, Allah lebih berhak menentukan. Atas satu peristiwa yang tak kuduga, aku terpaksa tinggal sebumbung dengannya. Dapatkah aku terus menjauhi si pengawas playboy itu sedangkan takdir berusaha mendekatkan kami? _____________ #24 _____________