Tajuk asal: Saat Kau Hadir Ucapkan. Jika benar ia terasa. Ucapkan. Jika benar ia ada. Ucapkan. Jika benar ia cinta. Gadis beku seperti Haufa akan jatuh cinta? Tidak akan sesekali terjadi! Baginya, sisa hidup yang dia miliki hanya untuk melunaskan hutang dan dendam semata-mata. Namun angkara tersilap percaturan, Haufa harus terikat dengan satu perjanjian bodoh bersama seseorang. Harith, anak kepada musuh tunangnya sendiri. "How if you will fall in love with me?" -HARITH AZREL "That's not gonna happen." -HAUFA AQIRA Perasaan Harith hanya sekadar alat permainan buat Haufa. Tiada belas kasihan. Tiada simpati. Tiada istilah 'menjaga hati'. Panggil dia sejahat-jahat wanita, kerana gelaran itu memang selayaknya buat seorang Haufa. "Kalau you lepaskan picu tu, I pun akan buat benda yang sama. You akan berkahwin dengan mayat I nanti!" - HAUFA AQIRA "Kau terlambat, Haufa. Totally late." -HARITH AZREL Jika Haufa boleh berdamai dengan dendam, mengapa pula tidak buat Harith? Hidup ini semestinya memerlukan keadilan. Bak kata pepatah; what you give, you will get back! Tanpa sedar, sisa waktu bahagia mereka telah disiakan bertahun lama. Haruskah Harith dan Haufa mengorbankan keegoan mereka demi cinta? Mampukah mereka mengharungi kezaliman takdir yang diciptakan mereka sendiri? "A true love never has an ending." Kerana ini, kisah cinta penuh tragis... Edited version (versi baru SKH) unpublished: 21 Jan 2022 re-publish: 9 Oct 2023