As known as Kerana Dia Milikku Apabila persahabatan yang dibina sejak kecil mula renggang dek halangan jarak, tinggallah Iman dan Faliq. Timbulnya masalah yang mendesak telah menyatukan hati mereka berdua. Namun, Iman tahu ini bukan jalannya. Persahabatan yang di bina suatu ketika dahulu hampir ke penghujungnya akibat hubungan halal yang di bina. "Susah sangat ke aku nak bahagia? " - IMAN DAYANA- Amirah muncul entah dari mana. Sejak dulu, dialah pemilik sekeping hati milik Faliq. Namun , kehadirannya membuatkan lelaki itu tidak tentu arah. Entah siapa yang harus dipilihnya. Sekali lagi dia pergi. Kali ini Faliq tekad. Dia tidak akan membuatkan gadis itu pergi sekali lagi. Isteri? Iman hanya isteri di atas kertas. Hati yang terluka langsung tidak dihiraukan. "Jangan letakkan harapan yang tinggi pada aku. Kau akan sakit suatu hari nanti. Hati aku dah terukir nama dia." -MEGAT FALIQ- Susuk Faliq yang budiman ketika mereka bersahabat sudah hilang. Siapa sangka, saat dirinya di timpa pelbagai masalah, Allah hadirkan satu lagi ujian buatnya. Kali ini, Iman berserah pada Ilahi. "Maafkan aku,Iman." -NIK AMIRAH- Mampukah seorang wanita mengecapi bahagia yang diimpikannya meski dugaan sering melandanya? Mampukah sang lelaki melupakan cinta hatinya di saat sang isteri begitu baik terhadapnya? Mampukah mereka mempertahankan persahabatan mereka? Siapa pula lelaki yang muncul menghulurkan kasih buat Iman? Layakkah dia? Segalanya dalam BUKAN MILIKKU. Old story line: 1.1.2021 - 28.3.2021❤ New story line: 29.12.2023 -