𝐦𝐚𝐧𝐢𝐬. 𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭. 𝐡𝐞𝐚𝐫𝐭𝐛𝐫𝐞𝐚𝐤𝐢𝐧𝐠. SHIRAZ AIRIZ punya banyak kisah dengan lelaki. Adnin, Zayn, Malik. Seorang ditinggalkan, seorang meninggalkan dan seorang lagi menyakiti. Hatinya milik seorang Zayn, tapi kerana Adnin dan Malik, dia terpaksa memendam semuanya. Dia pilih untuk menghukum dirinya sendiri. Satu helicopter trip menemukan Shiraz dengan Heidi. Dan, selama dua hari, lelaki asing itu bagaikan dapat membaca seorang Shiraz. Heidi tahu, Shiraz banyak terluka. Cincin di jari Shiraz itu bukti kelukaan hati seorang perempuan. "Saya nak jadi Aladdin. I want a genie." - Shiraz "Apa yang awak nak minta?" - Heidi "One night where I can just sit and talk about my life with someone." - Shiraz Bagi Heidi, ada sesuatu di sebalik cincin yang dipakai Shiraz. Seorang wanita berdikari dan kuat, tapi dalamannya penuh luka dan air mata. Sehingga satu masa, Shiraz tersepit. Kesihatan abah, permintaan keluarga, gangguan abang ipar, hukuman masa lalu dan cinta yang tak kesampaian. Semuanya menyesakkan tapi Heidi sentiasa muncul sebagai penyelamat. Sepertimana genie yang tak pernah meninggalkan Aladdin. Apabila keadaan semakin menyepit, Heidi mahu terus melindungi Shiraz. "I want to keep being your genie. Secara halal." - Heidi Heidi mahu bantu Shiraz lupakan segalanya. Dia mahu buktikan Shiraz boleh move on dari kisah lalunya. Tapi, dengki manusia sentiasa menggangu. Masa lalu kekal menghantui. Mampukah seorang Shiraz menerima Heidi? Atau Shiraz akan kekal menyeksa Heidi dalam ikatan mereka yang sudah halal itu?
62 parts