Embun yang hambar memang tiada tanding dengan kawan baiknya sendiri, Zinnirah. Embun terlalu biasa, tiada perisa. Namun, walau puluhan kelebihan yang dimiliki Zinnirah dan tidak dapat Embun tandingi, mereka berdua tetap kawan baik. Harga yang perlu dibayar untuk terus berkawan dengan Zinnirah, Embun kerap kali perlu berperang mental melawan rasa rendah diri melampaunya apabila dia bersama Zinnirah. Penolakan Muzakkir menjunamkan lagi keyakinan diri Embun, dan akhirnya menjadi salah satu sebab Embun memilih untuk menjauhkan diri daripada Zinnirah. Zinnirah yang dulunya kawan baik Embun, kini beransur-ansur menjadi kenalan. Embun gementar, namun dia sedar yang dia sedang memilih apa yang terbaik untuk dirinya. Dengan keazaman yang baru tercipta, Embun belajar melepaskan sebuah persahabatan dan dalam masa yang sama mencuba semampunya untuk membina keyakinan diri yang lebih kukuh. Darah muda yang baru hendak mengenal kehidupan. Dia terlupa bahawa hidup ini satu ujian.