Tekan link di bio untuk pembelian. Setahun perkahwinan mereka langsung tidak membawa perubahan apa-apa pada Lutman Dzafri. Setiap hari yang dilalui Flora Delisha akan selalu mendengar rungutan lelaki itu. Terbinanya perkahwinan disebabkan atas paksaan Delisha sendiri. Kerana dia begitu menganggumi dan mencintai Dzafri. Difikirkan rasa benci Dzafri disebabkan suatu peristiwa akan merubah menjadi cinta setelah berkahwin ternyata hampa. Dzafri semakin membenci dirinya. Diri Delisha yang dulunya sosial, berlagak dan juga sombong juga salah satu sebab mengapa Dzafri begitu membenci dia. Malah, perubahan yang berlaku pada Delisha juga tidak mampu menangkis kebencian Dzafri. "Bagi I, you tetap Flora Delisha yang sama sebelum you paksa I kahwin. You tetap Flora Delisha yang gedik, angkuh, sombong dan berlagak!" Sedar dengan kekurangan diri, dengan hati yang terluka dia rela mengundur diri apabila cinta sebenar lelaki itu sudahpun kembali. Tambahan pula dirinya serba kekurangan jika hendak dibandingkan dengan gadis itu. Dan dia bertekad untuk berubah kerana Allah. Seperginya Delisha dari hidup Dzafri, serba serbi tidak kena pada lelaki itu. Terasa hidup kosong tanpa sebab. Delisha pula, semakin banyak ujian dan dugaan yang perlu dihadapi setelah pulang semula ke pangkuan keluarga setelah berjaya menenangkan diri.