Kisah seorang gadis berumur 28 tahun yang ingin berkahwin. "Korang aku nak kahwin! Tapi takde calon lagi. Macam mana ni?" -Adara Sumayyah "Wow! Amazing! Adara nak kahwin? Jap nak screenshot masuk status whatsapp" -Dian Aisya Adara tak sangka, selepas sahaja dia memberitahu dia mahu berkahwin, segala konflik telah bermula. "Aku sakit, Adara. Kahwin dengan suami aku." "Sayang! Apa ni? Kalau ditakdirkan pun sayang pergi nanti, abang takkan pernah cari pengganti tempat sayang. You are the one and only girl for me. Tiada pengganti." -Zafran Idrees Ingat dah selesai isu ni, tapi jadi makin rumit apabila Zafran Idrees sendiri yang datang berjumpa dengan Adara Sumayyah untuk mengajaknya kahwin. "Ish kau ni! Makan tak sopan, pekak pulaktu!" -Zafran Idrees "Eh jantan! Macam tu je kau pertaruhkan hidup aku untuk kepentingan kau?" -Adara Sumayyah "Tolong aku Ad. Aku percaya kau sorang je yang boleh jaga anak-anak aku" "Kau kahwin dengan laki orang Ad? Kau kenapa ni Ad? Kemain dulu kata tak nak caras hak orang. Kau tak malu ke? Kau terdesak kahwin sampai kahwin dengan suami orang? Perempuan jenis apa kau ni?" "Akak kecewa dengan Ad." "Suka hati Ad lah. Buat lah mana yang baik Ad rasa." Adara tersepit. Dia tak tahu jalan mana dia harus pilih. Dia cuma nak kahwin je? Tapi dia nak lelaki bujang. Bukan macam ni. Start: 19 June 2022 Complete: