'Tooth for a tooth, brothers for the brother.' Inspektor Zade Lutfan-seorang lelaki yang terperangkap dalam kerjaya impian abangnya sebagai anggota Unit Tindakan Khas. Demi mengejar impian sendiri, Lutfan harus membalas dendam terhadap apa yang berlaku pada abangnya, walaupun terpaksa berkahwin demi mendapatkan maklumat. Mula bibit-bibit cinta di dalam hati Ara namun tidak bagi Lutfan kerana dia masih keliru tentang perasaannya. Lutfan kembali sibuk dengan tugasan sehingga dia menerima panggilan tentang penculikan Ara. Menguruskan misi menyelamat, Lutfan nekad untuk melepaskan Ara tetapi perancangan Allah lebih kuat apabila Lutfan cedera parah kerana ditembak di belakang badan menyebabkan seluruh badannya lumpuh. Mengetahui rancangan asal Lutfan untuk melepaskannya membuatkan Ara berterus terang. "Saya hamil. 4 minggu." -Ara. "Maksudnya saya akan ada zuriat." -Lutfan. "Tujuh bulan. Masa yang awak ada untuk pulih. Kalau tak saya akan bawak anak ni pergi." -Ara. "Tapi kenapa? Ini anak saya." -Lutfan. "Hukuman buat awak sebab awak rancang untuk ceraikan saya." -Ara. "Tapi pasal kau jugak aku cacat macam ni." -Lutfan. "Saya akan jadi kaki dan tangan awak untuk tempoh tujuh bulan ni. Hutang saya dengan awak kira selesai." -Ara. Bagaimanakah kehidupan mereka seharian apabila hati penuh dengan kebencian dan dendam? Dapatkah Ara bertahan demi membalas jasa Lutfan? Adakah Lutfan mampu pulih dalam tempoh yang diberi? Semuanya akan terjawab dalam Misi 7 Bulan.