BAKAL TERBIT BLURB: Noah Iskandar tidak pernah menyangka bahawa hubungan yang terjalin selama tujuh berakhir hanya beberapa hari sebelum hari bahagia mereka tiba. Namun perkahwinan itu tetap akan diteruskan atas alasan ingin menjaga maruah keluarga serta reputasi syarikat. Siapa sangka, gadis yang dahulunya hanya rakan sepermainan sudi menghulurkan bantuan dan kini bakal menjadi isterinya. "Jangan risau. Kalau kau tolak pinangan tu, aku akan cuba back up kau." ‐ Noah Iskandar "Tapi betul ke kau boleh selamatkan aku daripada mamat tak betul tu? Aku tak nak jumpa dia lagi." ‐ Sufi Nur Humaira. Rupanya Sufi menerima pinangan itu bersebab. Dia bersetuju kerana ingin melindungi diri daripada bayangan bekas teman lelaki yang tidak berhenti menghantuinya. Tanpa mereka sedar, benih-benih cinta mula tersemai di hati masing-masing. Namun kebahagiaan itu tidak kekal lama tatkala bekas tunang Noah, Bella kembali untuk menuntut cintanya terhadap lelaki itu. Kehadiran Bella umpama racun yang perlahan-lahan meracuni hubungan Noah dan Sufi. Ditambah pula kejadian yang menimpa Noah menyebabkan Sufi memutuskan untuk terus berundur daripada perkahwinan ini. "Keadaan kita masih sama. Abang masih ingat lagi dengan janji abang empat tahun lepas? Jadi, tolong tunaikan janji abang." - Sufi Nur Humaira. "Janji dengan abang, tolong bahagiakan diri sayang. Jangan menangis lagi sebab abang dah tak ada untuk temankan sayang lepas ni." - Noah Iskandar. Apakah perjalanan takdir mereka benar-benar ternoktah di sini?