2

29K 1.1K 37
                                    

Jam tangan dikerling sebelum nafas lelah dilepaskan. Sudah hampir satu jam Noah berada di butik pengantin ini namun kelibat Bella masih belum kelihatan. Puas dia cuba menghubungi tunangnya itu namun gagal. Tidak mungkin Bella tidak jadi hadir sedangkan dia yang beria menempah janji temu di butik ini.

Ting.

Tiba-tiba telefon pintarnya berdenting. Laju ibu jari Noah menggeser skrin telefon pintarnya untuk membaca mesej yang baru sahaja diterimanya sebentar tadi. Sudah pasti mesej itu dikirim oleh Bella.

Sayang, I minta maaf. I tiba-tiba ada urgent meeting di Sandakan. Tiga hari lagi I balik ke Semenanjung. I dah pilihkan baju-baju untuk you cuba dulu. Jangan lupa hantar gambar dekat I, tau? Love you.

Noah menarik nafas sedalam-dalamnya. Matanya terpejam sejenak. Jujur, dia benar-benar terkilan dengan tindakan Bella. Bukankah selalunya kaum wanita yang lebih teruja untuk membuat persiapan perkahwinan mereka? Namun dalam situasi ini sebaliknya yang terjadi.

Bella seakan-akan tidak berminat dan lebih gemar menyerahkan segala hal kepada dirinya. Malah, nampak seperti hanya Noah yang bersungguh untuk berkahwin dengan wanita itu.

Dek geram dengan tindakan Bella, Noah terus mengabaikan mesej tersebut. Telefon disimpan kembali ke dalam poket seluar.

"Encik nak mula cuba baju sekarang ke?"

Pekerja butik itu menghampiri Noah sambil membawa beberapa pasang busana pengantin untuk lelaki itu. Rasa kasihan mula tumpah tatkala melihat wajah Noah yang awalnya penuh dengan senyuman kini hanya dihiasi dengan wajah muram.

Noah segera mengukirkan senyuman kelat. Anak matanya jatuh ke atas busana pengantin lelaki yang sedang berada di tangan pekerja itu. Walaupun kesemua busana tersebut tidak menepati citarasa Noah namun dia tetap menerimanya kerana itu merupakan pilihan Bella.

"Saya nak cuba sekarang. Ini baju-baju pilihan tunang saya, kan?"

"Betul encik. Cik Bella yang pilih semua ini. Untuk bahagian Cik Bella, dia akan datang sendiri pada minggu depan."

Noah mengangguk lemah tanda setuju. Tanpa membuang masa, dia terus mengatur langkah menuju ke fitting room dengan hati yang berat.





Bella melepaskan nafas berat. Dia mula berasa gemuruh. Hari ini dia tekad untuk menyampaikan berita itu kepada tunangnya. Sepanjang mengenali Noah selama tujuh tahun, dia yakin Noah akan memahami keadaannya dan bersetuju dengan keputusan yang diambil.

"I yakin tunang you pasti akan terima dengan baik. Ini soal kerjaya you. Kalau dia sayangkan you dia akan turut segala kemahuan you, Bella."

Ayat Encik Haniff semakin kuat berlegar-legar di minda. Disebabkan itu jugalah dia berani membuat keputusan ini. Lagipun, Noah seorang yang setia dan sangat menyayanginya. Sudah pasti lelaki itu akan tetap menyokong dirinya walau apa pun yang berlaku.

"Hai sayang. Sorry sebab lambat. Ada traffic jammed tadi."

Kehadiran Noah secara tiba-tiba menyebabkan Bella tersentak. Dia cuba menyembunyikan rasa gugupnya dengan melemparkan senyuman kepada lelaki itu.

"Hai sayang. It's okay. I pun baru aje sampai."

Noah tersenyum. Dia mengambil tempat di hadapan tunangnya itu. Wajah itu ditatap lama bagi melempiaskan rindu yang menggunung. Rasanya sudah lama dia tidak bertemu dengan Bella.

"Kerja you dah siap ke? I harap lepas ni you boleh tumpukan pada persiapan majlis kita pula. Baju pengantin pun you belum cuba lagi. You kena ingat yang majlis kita dah semakin hampir."

"I tahu, sayang. Itukan tarikh penting kita. Takkanlah I nak lupa perkara penting macam tu."

Bella menggigit hujung bibir. Akalnya seolah-olah berhenti berfikir lebih-lebih lagi apabila mendengar bait akhir tunangnya itu. Tapi, mahu atau tidak Bella tetap perlu memberitahu Noah perkara yang sebenar.

KAU, TAKDIR TERINDAH (TERBIT)Where stories live. Discover now