𝐅𝐚𝐭𝐢𝐞𝐲 𝐍𝐚𝐬𝐲𝐮𝐡𝐚. Sebaris nama yang indah bergitu juga dengan maksudnya, wajah dan cintanya. Dirinya yang terlalu amat setia pada teman lelakinya, sehingga satu kejadian membuat dia menjadi seorang yang sangat rapuh dan lemah. Itulah orang kata bila kita terlalu mencinta seseorang itu jadi kita perlu bersedia untuk kehilangannya. Lemah. Rapuh. Pedih. Namun itu tiada guna bila semua sudah terjadi. Sudah tertakdirnya tak ada siapa yang mampu mengubahnya. Hanya perlu dirawat sahaja. Tuhan tahu hambanya perlukan sokong jadi dia menghantar seseorang untuk memulih dirinya dari semua ni. Tuhan sayangkan kita. Sangat sayang sehingga kita tidak tahu betapa sayangnya dia pada kita. Dia ambil yang terbaik sebab dia nak bagi yang terlalu sempurna. Terbalik bukan? Antara terbaik dengan terlalu sempurna mana kau akan pilih? Jawapan hanya ada pada hati mu. Biar dia menemani mu agar engkau tahu pilihan mu. 𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐫𝐫𝐞𝐧 𝐍𝐚𝐳𝐞𝐥.Seorang jejaka yang kacak yang sungguh setia pada sang gadis mesti pun dia tahu cinta itu bukan miliknya. Dia menghadapinya dengan tenang dan sabar. Langsung tiada keluhan yang keluar dari mulutnya kerana dia percaya dengan janji yang Maha Esa. Sabar itu indah. Namun sabarnya hanya untuk sang gadis sahaja. Untuk gadis itu seribu tahun dia sanggup menunggu asalkan dirinya sentiasa berada disamping gadis itu hingga syurga Sayangnya tak akan pernah berkurang pada gadis itu dan semakin-makin bertambah. Dia ikhlas dalam segalanya. Mencintai Menyayangi Merindui Mengasihi Segala-galanya ikhlas kerana gadis itu 𝐌𝐑𝐒 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐑𝐄𝐍 𝐍𝐀𝐙𝐄𝐋 𝐒𝐭𝐚𝐫𝐭 : 17.12.2022 𝐄𝐧𝐝 : tak tahu dear