Mac berjaya menjadi pekerja di sebuah nursery haiwan. Ibunya sudah tidak bekerja lagi. Dialah yang harus menanggung keluarga dengan gaji RM3.5k sahaja sebulan. Namun, itu pun sudah cukup untuk mereka berdua. Namun hubungannya bersama Leona agak kekok kerana Mac dihina apabila berjalan dengan Leona. Walaupun Leona tak kisah, Mac kisah! Kawan-kawan universiti Leona mempersoalkan tentang Mac yang dikatakan menumpang senang Leona. Jadi, Mac menjauhkan diri. Namun dia takkan jauhkan diri terlalu lama. Dengan menggunakan duit yang ada, Mac members suit panda dan menggelarkan dirinya sebagai Panda Man. Tanpa Leona tahu, Mac yang sentiasa menyelamatkan Leona dalam suit panda agar tiada lagi yang dapat menghinanya.