Mai Jalan Sendiri!

126 15 6
                                    

"Mama! Ini nak letak mana? " Tanya Leona sambil mengangkat satu plastik bekas kuih. Bekas saja. Kalau ada kuih sekali dia sanggup fly tempat mak mertua Fertz untuk angkatkan kuih ni.

"Bawa masuk bilik story lah, Leona. Lambat lagi nak guna."

"Okay! " Leona berjalan naik ke atas sambil scroll Tiktok. Entahlah semenjak demenjak single mingle triangle ni dia asyik scroll Tiktok je. Tipulah kalau takde rasa lonely sebab kalau dia lonely, pasti dia tanya Mac kat mana.

Tapi sekarang tak lagi.

"MEOWWWWW!! "

Entah dari mana datangnya kucing jiran terbang ke muka Leona dan mendarah menggunakan bontotnya yang baru lepas berak. Leona terus hilang keseimbangan dan terjatuh tergolek ke belakang.

"Aduh~"

"Apa bising-bising- Leona, kaki kamu!"

Leona menggosok kepalanya. Pandangannya kabur kejap tengah cari cahaya segar sebab tadi dia dah terbau syurga. Apabila Leona buka mata, dia terus menangis sekuat hati nampak kakinya bengkok.

"MAMAAAA!!! "

******************
"Leona tak datang kelas...? " Mai mencebik. Dia dahlah baru bangun. Leona call tiba-tiba cakap dia takkan pergi kelas. Leona minta maaf tak dapat hantar pulang nanti.

Mai ternganga. Satu jam dia ternganga. Lalat tengah main bola dalam mulut pun tak perasan. Kawan baik dia patah kaki. Mai bangun. Dia abaikan segala penat lalu terus packing barang.

"Kamu nak ke mana dengan beg segala bagai? Pindah rumah ke? " Tanya ibu Mai hairan. Mai dengan muka serious geleng kepala.

"Kawan Mai perlukan bantuan! Mai akan bantu dia macam Panda Man! " Ujarnya bangga lalu terpaksa duduk atas sebuah kerusi untuk dia pakai kasut.

"Nana ke? Kalau Nana tu okay lah. Ingat pesan dia. Hati-hati. "

"Baik, mak! "

Mai berlari menuju ke pintu lif. Masuk di dalam lif, Mai keluarkan telefonnya dan tekan apps Note. Ini kali pertama sebenarnya dia akan jalan sendiri ke rumah Leona. Dia pernah pergi banyak kali rumah Leona tapi kakak Leona ambil.

Harini dia akan pergi sendiri. Mai buka apps Note untuk lihat langkah-langkah selamatkan diri untuk wanita memandangkan dia adalah seorang wanita.

Apabila pintu lif hampir tertutup, seorang lelaki kurus keding menahan pintu lalu masuk kedalam dan berdiri jauh dari Mai. Okay, hanya dia dan lelaki tu je. Berdebar juga hati Mai.

"Maafkan Saya, boleh tolong tekan...? Saya nak pergi tingkat 14..." Pintanya lembut sambil tersengih busuk. Mai yang berdiri depan butang lif meneguk air liur.

14?

14?

Akhirnya, Mai menekan semua butang dengan laju membuatkan lelaki itu terkejut beruk dan menjauh.

Tips 1: Pastikan tekan semua butang yang ada. Tiada siapa akan serang anda di dalam lif yang berhenti setiap tingkat.

Akhirnya, Mai berjalan ke perhentian bas. Dia jalan perlahan dan apabila dia terdengar bunyi tapak kaki, Mai statik.

Ada orang ikut dia.

TIP 2: Cepatkan langkah.

Mai mempercepatkan langkah. Namun lelaki itu masih mengekorinya. Mai berkerut.

TIP 3: Melintas jalan secara tiba-tiba.

Mai terus lari melintas jalan. Nasib baik tak tergolek pakcik yang bawa motor tersengguk-sengguk tu. Terkejut juga orang yang dikatakan mengekorinya tadi.

Bahaya betul!

Mai berjalan dengan senang hati ke perhentian bas sebelah sana. Namun dia berhenti lagi apabila Ada sebuah kereta bergerak perlahan seperti mengekorinya.

TIP 4: Tukar arah secara bertentangan.

Mai terus lari kebelakang terkedek-kedek apabila pemandu itu baru nak buka tingkap. Dengan cara ini akan beri masa untuk pemandu patah balik.

"Dik, kejap! " Pemandu itu undur kereta nya sepantas kilat. Mai terus break dengan bergaya sekali dan berhenti betul-betul depan tingkap pemandu.

"Lajunya haha. Terkejut Saya. Saya sebenarnya nak tanya jalan-"

"AAAARGGHHHHHH!!!!! " Mai menjerit sekuat hati. Ibarat menjerit metallic corong radio, terkejut habis si pemandu sampai menangis. Mai terus lari dari situ menuju ke perhentian bas.

"...aku cuma tanya jalan~"

TIP 5: Jerit.

Akhirnya, setelah satu jam baru Mai sampai di perhentian bas yang tak sampai 100 meter dari kawasan rumah nya. Mai dah order Grab.

Mai melihat nombor plate, nama kereta dan warna kereta. Dia mencari kereta tersebut dan bila dah jumpa, terus dia masuk ke pintu belakang. Diletakkan totebag miliknya atas kerusi sebelah.

"Nak pergi Taman Seroja. "

"Ya, cik. " Lelaki itu berpaling ke belakang dengan senyuman namun pada mata Mai, lelaki itu nampak menakutkan. Kenapa dia buat muka macamtu?

Okay, bertenang.

TIP 6: Pastikan duduk bahagian belakang.

TIP 7: Catat butiran pemandu dan number pendaftaran. (Kalau Grab, screenshot je dari phone)

TIP 8: Sampaikan maklumat kepada ahli keluarga/kawan terdekat.

"AH! " Mai terjerit. Telefonnya habis bateri. Terkejut si pemandu yang tengah jamming lagu Dilwale. Ingatkan apalah tadi.

TIP 9: Pura-pura sedang berada salad satu panggilan telefon.

"Hello, MAK! MAK kat balai polis key tu? Masih bertugas sebagai Inspektor Bandaraya Negara Dubai-Selatan? (Bohong) Ouhh~ dia lelaki. Botak, takde rambut haluuusss je. Nombor plat XXX Your 28. Haha. Okay bye~" Mai menamatkan panggilan. Fuh, nak nangis dia takde bateri. Nasib baik dia ingat satu taktik hebat.

Kereta berhenti tiba-tiba. Sebuah pokok besar tumbang menghalang jalan.

"Eh, cik. Pokok tumbang. Saya tukar jalan eh? Takpe, no extra charge." Ujarnya lalu mengundurkan kereta.

"Ta- tapi rumah kawan saya depan tu je... "

"Bahaya cik jalan seorang. Saya hantar sampai depan rumahlah."

Okay. Mai dah start berdebor. Dia cuba bertenang tapi dia dalam bahaya! Kiri kanan hutan pula tu walaupun Ada orang jual mangga kat situ! Habis lah dia...

Okay. Dia kena bertenang. Lihat sekeliling. Mai nampak totebagnya. Terus diambil totebag miliknya dan disauk kepala botak lelaki itu lalu ditarik kuat ke kerusi.

TIP 10: Gunakan tali beg tangan, jerut kepala/leher pemandu dari belakang.

"CIK BUAT APA?!! "

"ALAMAK TERDEKAT PULA!! " Mai dah gelabah. Tali beg dia kecil sangat sampai tersekat namun dia berusaha tarik sampai terputus. "HENTIKAN! HENTIKAN CEPAT! HENTIKAN KERETA!!! "

"YA, YA! BAIK!!! "

*****************
"Huh~ huh~" Mai datang rumah Leona tercungap-cungap. Dia baru lepas lari dari dikejar anjing. Habis berpeluh. Memang terangkat kening Jasmine tengok.

"Kamu ni kenapa? Kena kejar hantu ke? "

"Mai selamat~ Mai...tak kena culik~" Mai terjatuh menonggeng depan pintu. Jasmine geleng kepala saja tengok. Leona yang tengah makan pun tergamam bila Mai datang.

"Mai datang sendiri? "

"Haah. Mai tekan semua butang dalam lif! Mai lari dari orang yang Cuba kejar Mai! Mai lintas jalan bila dia taknak give up! Mai ambil laluan bertentangan bila ada kereta kejar. Tapi dia kejar lagi and Mai jerit lepastu Mai naik Grab! Mai ambil maklumat peribadi dia dan call Nana tipu-tipu. Lepastu bila dia nak guna jalan lain sebab pokok tumbang, Mai cekik kepala dia pakai tali beg Mai dan sekarang...beg Mai putus! " Jelas Mai panjang lebar.

Leona dan Jasmine ternganga. Rasa macam...

...bukan Mai yang trauma tapi...

A Little Stars Around Your Scars: PandaManWhere stories live. Discover now