Anda Disoal.

136 16 4
                                    

WE WOO WE WOO WE WOO!

Bunyi siren depan rumah membuat dahi Jasmine yang tengah sapu depan rumah tu berkerut. Leona dalam rumah pun dah mengeluh apa benda lagilah jadi.

"Maaf puan. Saya mahu berjumpa dengan anak puan. "

"Untuk apa ya boleh Saya tahu? "

"Dia telah menyebabkan kerosakan mental pada 3 orang lelaki. "

"Huh? "

"What did I do? " Tanya Leona, memakai seliparnya dan berjalan terhinjut-hinjut  kearah polis tersebut. Jasmine berkerut. Anak dia dah tukar bidang jadi penjenayah ke sekarang? Kot ye pun stres.

Polis itu membuka helmet yang dipakai. Leona tergamam. Dia terus lepaskan kedua-dua tongkatnya dan peluk polis itu erat-seeratnya.
"Laura! "

"Laura rupanya HAHAHAHA! Tangkap dia Laura! Kerja tidur je tak bangun-bangun. " Kata Jasmine lalu berjalan masuk kedalam rumah dengan penyapu sekali. Laura ketawa. Didukungnya naik atas motor polis macam budak kecil kemudian diusap kepalanya.

"Long time no see. "

"Yeah. Bila you habis pengajian Unikop tu? "

"Baru je 2 bulan lepas. I heard from Mac yang Syah dah balik. Can't wait to meet her. "

"I pun tak sempat nak jumpa Syah lagi."

"Lah, why? "

"Masa datang nursery tu dia takde. Lagipun I dah break up dengan Mac. Takde sebab nak kesana lagi dah." Jelas Leona.  Laura berpeluk tubuh. Dia tersengih.

"Ouh, I heard you dah rapat gila dengan Panda Man tu. "

"Kinda but I don't have any feelings lah towards panda. Just- maybe orang dalam dia... "

"Sukahati kau lah malas aku nak layan drama panda kau ni. By the way fasal ni, 3 orang report dekat balai kata kena harassed dari seorang perempuan gemuk."

"Hah? "

"Mai nama dia. Dah panggil Mai dah then dia kata dia sebenarnya nak pergi rumah kau tapi dia takut dia dicederakan tu yang dia...tekan semua butang...lari...lari lagi...lari...dan jerut kepala pemandu Grab. "

"Lah, she's autistic. "

"I know. It's just funny that kau terlibat, Leona. Nama kau disebut dulu oleh Mai but Mai is fun. Everyone was laughing when she talks and let her go. "

"Thanks god."

"Taknak berbaik dengan Mac? " Tanya Laura. Dia pun rasa Saya dengan hubungan Leona dan Mac ni. Nak dekat 9 Tahun kot? Tahu-tahu putus.

"I don't know. I don't want to talk about it. "

"It's alright. "

"Boleh I teman you ronda? Boleh I tumpang? "

"No."

"Please~"

"It's protocol. Aku taknak kena blacklist. Turun."

"Alahhh sekaliii jeeee. "

Laura berkerut, menekan butang siren lalu bunyi siren berkumandang dan bising sekali. Dari siren biasa ke siren menjerit. Akhirnya Leona akur dan dia diturunkan ke bawah.

Aduh, kalau dah namanya Laura...

***************
Mac harini diam saja dalam rumah. Hairan juga ibu Mac, si Hasah ni bila Mac senyap ajer. Buat dia jadi tak tenang jadi dia melangkah naik ke bilik Mac dan kelihatan Mac tengah terbongkang tidur atas katil. Kepalanya kat bawah, kaki kat atas. Pelik Hasah.

Apabila Hasah mahu tutup pintu, dia nampak pakaian panda Mac kat atas karpet dan juga alatan menjahit Hasah.

Hasah berjalan kearah baju panda dan diangkat sehelai seluar. Nak tergelak dia tengok Mac jahit lubang kat seluar tu pakai seluar jeans. Rasanya kat bilik dia banyak lagi kain perca.

"Mak...? " Mac terjaga. Dia bangun dengan mata kuyu. Penat sangat agaknya.

"Kamu rupanya panda veeral(viral) tu. "

"Hehe. Cari duit sampingan."

"Teruskanlah. Mak tak kisah. Kamu okay tak? Penat semacam. Kalau penat minta cuti. Mak tengok sejak kamu Ada kereta ni mood kamu tak serupa dulu. Tak seceria dulu. Kalau kereta yang kamu beli tu tarik muka ceria anak mak, mak tak kisah pun kehulu-kehilir pakai motor, Mac. Mak tahu besarnya komitmen bayar duit kereta tu. " Ujar Hasah risau lalu duduk disebelah Mac. Mac mencebik. Dia baring dibahu Hasah.

"Mac penat sebab kerja, bukan penatnya tanggung duit kereta."

"Iyalah. Tapi kalau ia mengganggu kau Mac, mak cadang itulah. Mak masak udang sambal. Nak makan tak? Mak tuang nasi. "

"Wahh~ boleh! "

"Si Leona tak datang ke? Mak masak banyak tu. "

"Leona busy sikitlah~ kalah Mac ajak kawan Mac yang lain boleh ke? "

"Bolehlah."

A Little Stars Around Your Scars: PandaManWhere stories live. Discover now