Muhammad Atria Bezza Mac Miller Binti Mac Miller

367 14 5
                                    

"Leona! " Mai, kawan rapat Leona dalam kelas itu memanggil. Leona yang sudah turun sampai ke bawah berpaling kearah Mai yang sedang tergesa-gesa.

Mai berbadan besar. Dia ada kesukaran untuk turun tangga. Semua orang taknak duduk sebelah dia katanya Mai terlalu busuk. Jadi Leona duduk sebelah dia. Tak busuk pun. Mereka yang terlalu kejam.

Lagipun Mai Ada autism.

"Iya, saya? "

"Bo- boleh ajarkan Mai tak? Mai tak faham sangat teknik jahitan tadi~" Pinta Mai. Leona angguk.

"Boleh, bila Mai free? "

"Bila-bila! "

"Esok datang- eh, esok tak boleh~ lusa? Kalau takde kelaslah. Datang rumah I, okay? "

"Okay! " Mai senyum. Comel dia ni. Leona suka tengok dia. Comel je. Mereka berdua berjalan keluar bersama menuju ke pintu besar universiti untuk keluar. Kelihatan Mac yang sudah menunggu depan pagar.

"Hai~" Leona menegur lembut. Mac tak lekang dek senyum.

"Hai."

"Datang naik apa? "

"I ada surprise. Tadanggg!! " Mac menunjukkan sebuah kereta Bezza disebelahnya.

"Pinjam? "

"No, no pinjam-pinjam! Saya beli sendiri hasil makan pizza RM8 setiap hari! " Ujar Mac penuh bangga. Leona senyum, menepuk tangan turut berbangga.

"Wahhh~ kereta baru~" Mai melopong. Mac dengan bangga tersenyum. Dia membuka pintu kereta tersebut menunjukkan hiasan dalam. Mai yang mula-mula masuk dulu kat kerusi belakang.

Selamba badak dia je tapi Mac tak kisah pun. Kerusi pun masih berbalut plastik.

"Goodjob, sayang. I'm so proud of you." Leona mencium bibir Mac. Bergoyang-goyang ekornya dibelakang. Dia paling suka kalau Leona cium dia dulu.

Leona membuka pintu kereta depan. Dia mengusap kerusi tersebut. Memang baru.

"Berapa ribu awak bayar ni? " Tanya Mac.

"Saya bayar ansuran je hehe. RM740 sebulan. Comel kan? Nama dia Muhammad Atria Bezza Mac Miller Binti Mac Miller! "

"Comel. Macam you. Jom, kita hantar Mai balik. "

"Yeay! " Mai menepuk tangan suka. Biasanya dia tumpang kakak Leona, Fertz. Kalini dia balik dengan Mac. Mac angguk. Apabila pintu Leona ditutup, Mac berjalan ke pintu nya. Namun seorang wanita menarik bahunya. Dia tergelak-gelak dengan kawan-kawan dia yang lain.

"Kau ke girlfriend dia? "

"Haah! " Mac menjawab bangga.

"Cam...entahlah. Selama ni dia balik naik BMW kakak dia. Sampai kat kau balik naik Bezza." Ujar mereka lalu berlalu sambil tergelak-gelak.

Mac berkerut. Okay, that hurts.

Mac membuka pintu kereta. Dia duduk diatas kerusi nya dan memakai tali pinggang. "I- I'm so sorry~"

"What you sorry for? " Tanya Leona yang sedang membaca group kelas nya. Mac mencebik.

"... I can't afford BMW like your sister..."

"Why need BMW when you have Bezza? Bezza is fine what? Bonet lagi besar dari BMW, boleh simpan banyak barang." Pujuk Leona, fokus memandang Mac. Mac diam. Itu lah masalahnya.

Bonet besar bermaksud keretanya murah.

"Jangan sedih! Bezza ni kereta idaman Mai tau! " Pujuk Mai pula.

"Kan Mai? Ramai nak Bezza. Beratur tunggu kereta keluar kilang. You should be proud of your Muhammad At- Ataa... Bezza... Mac Miller Binti Mac Miller ni. "

"Okay." Mac mengusap seterengnya. Tipulah kalau dia taking terasa langsung dengan ayat diorang tadi.

"Lagipun, kakak I dulu pun start dari bawah. From Myvi to secondhand With to Vios and finally naik pangkat she got BMW. almost 15 years for her to gain that. You can if you work hard, sayang~"

"Thanks." Mac senyum tawar. Leona tahu sangat senyuman tu. Diusap kepala Mac lembut dan dicium pipinya.

"Nah, motivation. "

"Okay, let's go home! " Akhirnya Mac boleh tersenyum lebar. Dia menggerakkan kereta nya perlahan-lahan dan masuk ke jalan besar.

"Buka lagu frozen! Frozen! " Mai menghulurkan telefonnya. Inilah saatnya untuk dia sambung Bluetooth ke telefon ke kereta Mac.

Peluang yang Mai akan sentiasa dapat.

A Little Stars Around Your Scars: PandaManWhere stories live. Discover now