Nur Aina Amira Seorang gadis yang cantik , manja dan periang namun dia memiliki sifat yang tidak diketahui oleh orang ramai. Dia merupakan anak usahawan yang berjaya dan sangat terkenal di Malaysia. Memiliki seorang teman lelaki yang kacak membuatkan dia lebih dikenali dan dicemburui ramai orang. Muhammad Daniel Aiman Merupakan seorang badboy disekolah membuatkan dia digeruni ramai orang. Ganggu gadisnya ? Siap kau. Ganggu kawan-kawannya ? Hah ganggu la kalau berani. Namun dia memiliki sifat yang tidak mudah untuk dilihat oleh orang lain. "Oit buat kerja sekolah aku" - Daniel Aiman. "Daniel ! Ambil balik buku tu dan pergi buat sendiri !" - Aina Amira Bercinta selama 4 tahun dan telah digelar sebagai 'sweet couple of Alexandra Highschool' kerana keduanya sangat menonjol dalam kalangan guru , pelajar dan beberapa buah sekolah lagi. Namun hubungan mereka mulai goyah akan kehadiran orang ketiga , keempat dan seterusnya. "Takkan awak percayakan benda ni mentah-mentah je ?!" - Aina Amira. "Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri lah !" - Daniel Aiman. Bertubi-tubi kecaman , makian , hinaan dilempar kepada Aina membuatkan dia lemah sendiri akan tetapi orang-orang terdekatnya mulai menghulurkan tangan. "Aku janji aku takkan tinggalkan kau sendiri lagi Aina." - Danish Aiman. "Aku sentiasa ada dengan kau kakak." - Amirul Mikael. "Bodohlah mamat tu apa kejadahnya pergi percaya benda bodoh tu ?!" - Iskandar. "Hak alamak kau ni aku tolak jatuh parit kang nangis." - Farhana "Aku kalau dapat perempuan tu memang aku eyy aku bagi je." - Ariel Mikael. Kebenaran demi kebenaran mulai terbongkar membuatkan si dia tidak senang duduk. "Ha mampus kau." - Fareha. Persoalannya akankah Daniel kembali kepada Aina setelah apa yang berlaku ? Siapakah dalang disebalik semua ini ? Ha tunggu apa lagi jomlah baca ! Started : 5 /7/ 2023 End :