Hadeel Husniyah balik ke Malaysia selepas sekian lama menuntut di London. Dia merupakan anak tunggal Tun Haikal Haron yang merangkap ketua menteri dan Tun Amanda Ukasyah. Pertama kali balik ke Malaysia menyebabkan dirinya canggung dan bongkak. Semakin lama hatinya mula terpaut dengan Awang yang merupakan pengawal peribadi ayahnya. Awang bersikap dingin dan selalu melarikan diri apabila bertembung dengan duniawi. Baginya dunia dia dan masyarakat jauh terpisah. Tanggungjawab besar digalasnya demi mempertahankan tanah air. Hidup tanpa status ibu dan bapa serta dibesarkan oleh datuk dan neneknya tidak menjadi penghalang Awang Irfan untuk terus berjaya dan merungkai kebenaran di sebalik rahsia hidupnya. Aryan Haidar merupakan seorang jutawan di Malaysia. Perniagaannya tersebar luas ke serata dunia. Namun tiada siapa tahu dia mempunyai sisi gelap. Dia dikenali sebagai Mafia from hell di dunia perniagaan. Hatinya terdetik untuk memperisterikan Hadeel walaupun menggunakan cara kasar sekalipun. " kenapa awak sungguh misteri Awang? " - Hadeel Husniyah " dunia aku dan dunia kau jauh berbeza " - Awang Irfan " you're mine Hadeel ! tiada siapa boleh rampas kau daripada aku " - Aryan Haidar " jangan bodoh kerana cinta dan jangan buta hanya hauskan setitik cinta " - Awang Irfan Antara misi dan Hadeel menjadi cabaran untuk Awang Irfan menyelamatkan tanah airnya. Awang Ifan mula dilema dalam dunianya apabila dia perlu menyelamatkan Hadeel yang telah menjadi tebusan. Dapatkah Hadeel mendapatkan hati Awang Irfan atau niatnya dikuburkan sahaja?