Perkahwinan tanpa cinta. Tanpa kerelaan hati. Mereka disatukan kerana sebab-sebab yang tertentu telah menjerat Nuryn Zuleikha ke dalam kehidupan yang sulit sepanjang berada di dalam keluarga yang amat kejam untuknya. "Nuryn, aku minta maaf sangat-sangat. Aku tak nak kau terus terseksa bila hidup dengan aku" - Adam Mikhael "Kalau saya tahu semuanya jadi macam ni. Saya tak akan serahkan hati saya pada lelaki macam awak. Awak kejam, Adam" - Nuryn Zuleikha Didalam kehidupan yang berbeza, Nuryn Zuleikha terus bertahan didalam dunia neraka suaminya, Adam Mikhael. Jika sudah melalui hari bersama, tidak mustahil perasaan benci bertukar sayang. Di saat rasa cinta mula menyala, mereka diuji dengan keadaan yang menghalang mereka terus menjalinkan hubungan istimewa. Apakah mahligai yang terbina akan kekal sehingga ke akhir hayat? Harapan tipis. Mereka tahu bahawa hubungan mereka tidak sewajarnya berlaku. Mereka bukan ditakdirkan bersama namun, dapatkah Nuryn Zuleikha dan Adam Mikhael menentang takdir tersebut? *minta maaf atas segala kesalahan ayat, kosa kata dan ejaan*