Aisha Aleena membawa diri setelah rasa tertipu oleh lelaki bernama Eizham Faris. Dia tidak menyangka kekasih yang dianggapnya sempurna itu rupa-rupanya cuma mahu memainkan perasaannya sahaja. Namun selepas lapan tahun mereka bertemu kembali. Bila Aisha menyangka dia sudah boleh lupakan Eizham, ternyata hatinya masih sakit bila berhadapan dengan lelaki itu. "Sha.. kenapa Sha tinggalkan Eiz macam tu je?" - Eizham Tidak mudah untuk Aisha lupakan apa yang sudah berlaku. Lelaki itu sudah mengubah dirinya menjadi gadis yang beku. Lelaki itu punca dia menutup hati pada mana-mana lelaki. Lelaki itu punca dia rasa tidak layak untuk bercinta. Dalam masa yang sama, seorang lelaki lain datang dalam hidup Aisha. Luqman Fahim. "Luq sukakan Sha." - Luqman Siapakah di antara mereka mampu membuka pintu hati Aisha yang sudah tertutup setelah sekian lama? Eizham? Luqman? Atau bukan kedua-duanya? *cerita ni slow update ya *cerita cliche sahaja *cerita lama tetapi saya olah kembali