NORADANIA telah di jodohkan dengan sepupunya, Tuan HAYYAN. Mereka di satukan atas permintaan arwah nenda mereka. Hubungan mereka bahagia selama dua tahun. Mempunyai cahaya mata yang sudah berumuran dua tahun lebih. Tetapi Hayyan tidak menepati ciri - ciri yang dia idamkan. Walaupun kereka bahagia... Tetapi Hayyan seorang yang beku dan seorang lelaki yang menyakitkan hati. " Jangan nak main Angrybird pula! Anak kat rumah mama jangan lupa amik!" - Noradania. "Kau panggillah aku kalau dah pukul satu. Nanti aku amiklah! Apa yang kau dendam sangat dengan game angrybird aku tu?" - Hayyan. Jawapan Hayyan buat Nora sakit hati dan bengang! Bagaimana dia mahu menjadikan si suami romantik? Tapi Nora tidak kesah... Janji si suami masih setia... Dia bersyukur. Hazrin menyambung pelajaran di luar negara dan kini selamat balik ke tanah airnya. Wajahnya kacak dan lengkap semuanya. Yang penting romantik! " Kau jangan nak rapat sangat dengan si kasanova tu! Dia tu buaya darat, laut, sungai dan segala buaya dia tu!" - Hayyan. "Awak tak percayakan sepupu awak?" - Noradania. "Aku tak percayakan engkau... Bukan dia." - Hayyan. Hayyan dapat lihat si isteri seakan - akan lebih mesra dengan si sepupu membuatkan darahnya mendidih dan sampai ke puncak... Akhirnya meletus! Dia tak boleh diam! Dia perlu meruntuhkan benteng egonya untuk menawan hati sang isteri. Noradania milik Tuan HAYYAN! " Tadi ada orang hantar kek hari jadi dekat saya." - Noradania. "Sayalah tu... Awak suka?" - Hayyan. Makin pelik Nora dengan perangai si suami yang telah berubah dengan drastik. Dari Mr. Angrybird menjadi Mr. Romantik pula? Haih... Sampuk apa dia ni? " Tapi saka apa yang sampuk aku pula ni? Kenapa aku boleh rindu dengan Mr. angrybird yang dulu?" - Noradania. Nora rimas dengan si suami yang tidak habis mahu bermanja dengannya. Rasa pelik dan kekok pula. Isterinya seakan - akan selesa dengan buaya darat itu. Dia ada misi sekarang! Misi menawan hati si tuan puteri. Status : Ongoing