Kashaf Aidan || Nur Malyssa Imani Kasyaf Aidan; jejaka yang memiliki rupa paras yang tampan, cukup membuatkan semua perempuan di luar sana menggilainya. Dia bekerja sebagai mekanik dibawah syarikatnya sendiri. Walaupun dia boss yang patut bekerja di pejabat, dia tetap mahu bekerja membaiki benda-benda kerana itu sudah menjadi bidang minatnya. Namun dia terdapat satu kekurangan iaitu dapat melihat roh atau mata yang dibuka hijabnya. Disebabkan itulah dia tidak yakin dalam dunia pencintaan dimana pasangannya akan faham dengan kekurangannya itu. Nur Malyssa Imani; roh yang tidak tenang berkeliaran di seluruh pelesok tempat sehingga dia terjumpa jejaka yang menawan hati rohnya. Semasa masih hidup, dia sebenarnya memiliki rupa paras yang cantik dan anggun hingga ramai lelaki menyukainya ketika zaman kolej. Ketika itu, dia sudah ada teman lelaki yang sangat dia cintai bahkan dia sanggup beri apa saja kepada lelaki itu. Namun kesetiaannya itu dikhianati apabila lelaki itu sendiri meragut nyawanya setelah sudah puas melakukan 'benda haram' terhadapnya. Sejak kejadian itu, rohnya masih tidak tenang kerana keadilan belum berpihak kepadanya. Mula: 14-08-24 Tamat: - Blurb penuh inside !! Idea author sendiri ‼️ No plagiarism ‼️ Maafkan jika ada kesalahan bahasa 🙏