12

277 68 13
                                    

Sudah masuk hari ketiga Aryna menghadapi ujian trial SPM nya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sudah masuk hari ketiga Aryna menghadapi ujian trial SPM nya. Dia hanya fokus pada matlamat nya untuk mendapatkan keputusan yang memuaskan.

"Aryna, tengah hari ni jom singgah kedai cendol Pak Mat. Mengidam pulak." ajak Elliana. Aryna mengangguk setuju. Memandangkan hari pun panas dan agak bahang.

"Ouh, sebelum tu. Doyoung tak amik awak macam biasa ke?" tanya Elliana. Aryna terdiam. Betul juga. Sudah 2 hari dia tidak dijemput balik.

"Haahlah. Mungkin dia sibuk kot." kata Aryna. Peralatan alat tulis nya dikemas lalu disimpan ke dalam beg. Mereka berdua melangkah kelaluar kelas.

"Oh, saya nak tanya. Doyoung tu kerja apa? Awak ada tahu tak?" tanya Aryna. Elliana berfikir sejenak.

"Doyoung? Saya tak tahu. Tapi ayah saya kata dia kaya. Kaya dan baik hati. Pemurah." kata Elliana lagi. Aryna mengangguk faham.

"Ouh, Doyoung tu tinggal dekat mana heh? Awak—"

"Aryna!" seorang lelaki berlari ke arah Aryna. Doyoung tercungap-cungap mencari nafas.

"Macam mana ujian? Ok?" tanya Doyoung. Aryna mengangguk. Pelik melihat si Doyoung tergopoh gapah. Seperti mengejar sesuatu.

"Kitorang nak pergi kedai Pak Mat. Boleh kan?" tanya Elliana. Doyoung berfikir sejenak lalu mengangguk setuju.

"Ok, alang-alang aku pun haus. Meh aku belanjaaa." jerit Doyoung. Aryna dan Elliana membuntuti Doyoung daripada belakang.

....................................

"Oh mak kau ayam. Ya allah, aku fikir pontianak tadi." Doyoung tercegat dihadapan pintu sambil bercekak pinggang. Telekung yang dipakai Aryna dibuka.

"Ha? Kenapa?" tanya Aryna. Doyoung diam membisu. Kalau boleh, mahu saja dia mengata sesuatu...

"Erk, pakai lah telekung tu. Can—"

"Eh, dah sampai. Tu ha, mentol kat dapur pecah. Nenek tersepak tadi. Almaklumlah, tetibe ade kelawar pulak tadi." kata Nek Salmah. Doyoung mendehem lalu membawa diri ke dapur.

"Lama nya belajar. Nenek ada buat bubur jagung, pergilah makan dulu." arah Nek Salmah. Mata Aryna membuntang gembira. Langkah nya diatur cepat ke dapur.

"Gelappp." Aryna berlari kembali ke bilik nya. Lampu suluh diatas almari nya diambil lalu di nyalakan.

"BAHHH!" Aryna terjatuh kebelakang. Terkejut melihat Doyoung yang sudah sepeti hantu. Sempat main sorok-sorok.

"Bangang tu boleh simpan untuk keturunan boleh tak?" tanya Aryna. Doyoung ketawa sambil mengangguk.

"Ha, cepat lah amik bubur tu. Aku nak pasang mentol ni." kata Doyoung. Aryna merengus geram lalu mencedok bubur di dlm kuali.

"Cucu~" Aryna dan Doyoung menoleh. Langsung tiada orang dibelakang mereka. Hanya kegelapan yang menyelubungi mereka.

"Cepatlah sikit katak." arah Doyoung. Aryna menjeling Doyoung tajam.

"Kejaplah arnab. Aku—"

"Cucu, nenek tak nampak..." Aryna dan Doyoung terus melarikan diri. Bubur dibiarkan asalkan nyawa selamat.

"Eh, bebudak ni. Aku panggil sebab nak mintak tolong carikan spek mata aku. Aku ni dah lah rabun." bebel Nek Salmah.




ego. dy✔Where stories live. Discover now