SIRI ISLAMIK FANFIC
Siapa sangka, wanita yang duduk di bandar di paksa tinggal duduk di kampung. Aryn, si gadis liar telah tinggal di kampung dan hidup bersama nenek nya yang tidak pernah dikenali sejak 14 tahun yang lepas.
"Yang lepas biarkan ia be...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Nenek! Ada sikat tak?!" jerit Aryna. Nek Salmah melangkah ke bilik Aryna. Rambut Aryna yang masih basah itu di sikat.
"Cantik rambut cucu nenek ni. Eh, hari tu bukan wanra ungu ke? Dah tukar warna hitan pulak?" tanya Nek Salmah. Aryna menghembus nafas berat.
Encik Kamaruzzaman suruh Aryna menukar semula warna rambut. Terpaksa lah Aryna menuruti arahan ayah nya.
"Nenek, sekolah jauh ke?" tanya Aryna.
"Tak jauh pun. Nanti Doyoung hantar naik bot."
"Oh, ok—HA? NAIK BOT?" ternganga mulut Aryna. Tidak berkelip mata nya. Adakah nenek nya itu bergurau atau semua nya betul?
"Dah, jom sarapan. Nenek buat roti bakar untuk kamu." kata Nek Salmah. Aryna menghentak-hentak kaki nya.
Fikiran Aryna mula melayang. Mesti sekolah nya itu dipenuhi budak kampung yang busuk! Euwww.
"Ini, bekal. Makan tauu." kata Nek Salmah. Aryna hanya mampu mengangguk. Tabah saja mampu.
"Nenek! Assalamualaikum. Sarapan untuk saya heh? Terima kasihhh." roti bakar di pinggan Aryna terus di masukkan ke dalam mulut nya. Aryna hanya mampu bersabar.
"Eish, masuk tak reti ketuk ke? Main masukk je." kata Nek Salmah. Aryna yang duduk meneguk segelas air teh.
"Ugh, panas! Tak de jus oren ke?" getus Aryna. Dia mengeluh lemah.
"Ha, Aryna. Pergi lah sekolah elok-elok. Dah lambat dah ni." kata Nek Salmah. Dijeling Doyoung yang sibuk mengunyah roti.
"Ok, jom. Aku tunjuk jalan."
.............................
"Eiii." Aryna merungut kecil. Habis kasut nya dibasahi lumpur. Sudah lah di rumah tiada bibik, terpaksalah dia mencuci nanti!
"Jauh lagi ke nak sampai kat bot?" tanya Aryna. Doyoung memandang Aryna pelik.
"Bot? Sekolah kau kat seberang sungai tu je. Kau nak naik bot ke? Ha, aku boleh—"
"Tak nak! Teruskan jalan!" jerit Aryna. Doyoung ketawa kecil. Rasa seronok pula dapat mengenakan si Aryna itu.
"Hati-hati kasut sekolah tu." kata Doyoung. Mereka mula menyeberang sungai. Doyoung yang berjalan lebih pantas menyukarkan Aryna untuk mengejar.
"Cepat! Kang lambat, budak kampunh usik kau pulak!" jerit Doyoung. Aryna berlari pantas mengejar Doyoung.
Suasana sekolah itu tidak lah terlalu kampung sangat. Bangunan sekolah masih cantik. Kemudahan pula lengkap.
"Ei, budak bandar masuk kampung? Ei, mesti gedik."
"Beg apa dia pakai tu? Pelik nya bentuk."
"Beg aku jenama Channel lah. Kau pe tau. Kampung." kata Aryna. Doyoung menjeling kepada Aryna.
"Kalau marah, better diam. Ignore apa mereka cakap. Kau tak buat salah pun kan?" kata Doyoung. Mereka berdua tiba di pejabat sekolah.
"Aku pergi dulu. Balik nanti jangan merayau. I see you everywhere.." kata Doyoung.
"Nyampah."
..............................
"Hai, saya Aryna daripada Kuala Lumpur." kata Aryna kekok. Semua pelajar memandang Aryna tanpa berkelip.
Aryna di tempat kan di hujung kelas bersebelahan seorang pelajar perempuan yang berkulit kuning langsat.
"Hai, saya Ell. Selamat berkenalan." kata Ell. Aryna menyambut salaman itu secara kekok.
"Wah, cantik nya jam. Awak beli kat mana?" tanya Ell. Aryna berdecit kecil. Malas dia mahu membalas pertanyaan Ell itu.
"Erm, takpelah. Kelas pun dah nak mula. Kita borak waktu rehat nanti ye." kata Ell dengan satu senyuman manis.