20

255 67 1
                                    

"Assalamualaikum, nenek

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Assalamualaikum, nenek. Aryn dah balik." kasut sekolah ditanggalkan. Beg sekolah nya terus dicampak ke dalam bilik.  Aryna melilau satu rumah mencari Nek Salmah.

"Nenek! Nenek!"

"Ye, saya. Dah kenapa jerit-jerit ni? Exam tadi ok?" tanya Nek Salmah. Aryna mengangguk sambip mengeluh lemah.

"Nenek. Mana Doyoung? Dah seminggu tak datang rumah. Dia sibuk ke?" tanya Aryna. Nek Salmah terdiam. Jika dia memberitahu perkara sebenar, Doyoung mesti takkan suka.

"Dia pergi KL. Ikut ketua kampung. Ada hal mustahak kata nya." tipu Nek Salmah. Aryna mengangguk faham.

"Exam tadi ok ke? Lagi berapa subjek yang belum exam?" Aryna mengeluh. Mengikut kiraan, dia akan habis exam 4 hari lagi.

"Lagi 3 subjek." kata Aryna perlahan.

"Dah kenapa monyok je muka tu. Ada masalah ke? Soalan tadi susah ke?" tanya Nek Salmah bertubi-tubi. Aryna menggeleng lalu senyum kelat.

"Tak delah nenek. Aryn nak mandi dulu." kata Aryna lalu dia melangkah ke bilik tidur nya.

"Ya allah, Doyoung. Apa yang kau dah buat.."

.................................

"Ell, nak makanan? Nenek saya masak lebih." kata Aryna. Mereka berdua sekarang rehat selepas selesai menjawab ujian subjek prinsip perakaunan.

"Ah, terima kasih." mereka berdua menikmati nasi goreng kampung di sudut dewan.

"Habis SPM nanti, awak kena balik KL ke?" tanya Elliana. Aryna mengangguk laju. Terbit muka kesal diwajah Elliana.

"Takpe, nanti jom lah ikut saya balik. Jangan risau, awak nak balik nanti saya suruh driver saya hantar awak." kata Aryna. Selepas selesai, mereka pergi ke tandas untuk mencuci tangan.

"Eh, Amirah. Kau tinggal kat rumah sorang-sorang je ke?" tanya Aryna. Amirah yang baru sahaja keluar dariada kubikel tandas memandang pelik.

"Sorang? Ayah aku kan ada kat rumah." kata Amirah. Kening Aryna hampir bertautan.

"Eh, ayah kau kan ketua kampung. Dia dengan Doyoung pergi KL kan?" tanya Aryna lagi. Amirah menggeleng laju.

"Eh kau ni. Merepek lah. Mana ada." kata Amirah laly melangkah pergi. Aryna berdiri terkaku di dalam tandas.

"Serius lah. Mana kau Doyoung?"

ego. dy✔Where stories live. Discover now