07

304 69 20
                                    

"Nenek

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Nenek...oh nenek.." Aryna berjalan menyusuri bilik-bilik di rumah kayu yang besar itu. Tiada satu bunyi dikeluarkan daripada setiap langkah Aryna.

"Yes, nenek takde. Oklah, aku nak—"

"Nak pergi mana hah?" Aryna kaget. Dia menoleh kebelakang perlahan.

"Erk, mana ada aku nak pergi mana-mana. Mana nenek? Tak nampak pun batang hidung dia malam-malam ni." kata Aryna.

"Nenek pergi mesyuarat kebajikan orang tua-tua. Aku datang sini, untuk mengajar kau. Seperti yang dijanjikan..." kata Doyoung. Aryna mengeluh lemah.

"Kat sini? Kau biar betul. Meja pun takde. Dah lah panas. Lagipun tak elok laki pompuan—"

"Eipp! Shushh! Sebab tu, aku datang sini. Pergi siap cepat. Lepastu, ikut aku." arah Doyoung. Kening Aryna hampir bertaut.

"Pergi mana?"

....................................

"Selamat datang ke library kampung durian runtuh!  Ha, rare kan?" kata Doyoung. Aryna mengeluh lemah.

"Library? Mesti aku tido nanti." omel Aryna. Hoodie di kepalanya diturunkan.

"Kat sini, kampung. Kalau orang tengok rambut macam kau tu..fuh! Takut pontianak terlepas je." kata Doyoung lalu meninggalkan Aryna seorang diri.

"Banyak cakap lah dia ni!" gertak Aryna. Mereka berdua melilau mencari tempat yang sesuai.

"Abaikan orang lain. Ingat niat kau datang sini sebab apa. Nak pandai kan?" kata Doyoung. Aryna hanya mampu mengangguk.

"Aku ngantuk.." getus Aryna. Doyoung menggeledah beg sekolah Aryna.

"Ok, today kita belajar matematikk. Hurayyy." Doyoung bersorak gembira. Aryna hanya mampu senyum segaris.

"Subjek lain boleh tak? Bosan lah math. Lagipun, satu habuk pun aku tak faham." balas Aryna. Doyoung merengus geram.

"Subjek yang kita tak faham lah perlu ditekankan. Lagipun, math ni penting." kata Doyoung lagi. Aryna hanya mampu menghela nafas panjang.

"Ala, soalan objektif je. Dalam beberapa minggu ni, kita cuba fokus mana yang kau lemah. Ha, nanti lama-lama senang lah." kata Doyoung. Aryna mampu mengangguk.

"Lagi satu, no menyanyi lagu kpop. Nanti kepala penuhhh dengan kpop. Cuba lapangkan minda, jawab dengan tenang. Jangan—"

"SHUSH! Diam." kata Aryna. Doyoung menjeling Aryna tajam.

"Ok, jawab betul-betul..tak yah fikir benda lain." kata Aryna sambil memejam mata nya.

....................................

"Aryna, jom rehat. Mak saya masak lebih sikit untuk awak." kata Ell. Aryna mengangguk setuju. Mereka berdua melangkah ke kantin sekolah.

"Elliana, awak Elliana kan?" Ell dan Aryna menoleh. Sir Rahman mendekati mereka berdua.

"Saya nak jumpa Elliana sekejap." kata Sir Rahman. Aku mengangguk membenarkan.

"Saya pergi cari tempat dulu heh." kata Aryna. Ell mengangguk setuju.

Para pelajar mula mengerumuni kantin. Hampir 2 minit juga Aryna mencari tempat duduk. Apabila lambat, begini lah jadi nya.

"Ha, ada tempat duduk!" Aryna berjalan pantas ke tempat duduk yang kosong itu. Kalau melepas, terpaksa lah duduk di tepi longkang!

Dan itulah perkara yang menakutkan Aryna.

"Oi, tepi. Tu tempat aku lah." Baju sekolah Aryna dibaling air sirap. Habis baju sekolah Aryna kotor dan berbau.

" Maafkan saya, saya dah dapat tempat ni dulu." kata Aryna. Seorang pelajar perempuan menarik rambut panjang Aryna.

"Tolong hormat kami. Tepi sikit!" Aryna ditolak sehingga dia terhantuk ke dinding.

"Oh, jam kau heh? Nampak menarik. Aku ambik heh~" kata seorang pelajar yang berambut pendek. Mata Aryna semakin lama, semakin layu.

"Wan Nur Aryna! Awak ok?"









ego. dy✔Where stories live. Discover now