SIRI ISLAMIK FANFIC
Siapa sangka, wanita yang duduk di bandar di paksa tinggal duduk di kampung. Aryn, si gadis liar telah tinggal di kampung dan hidup bersama nenek nya yang tidak pernah dikenali sejak 14 tahun yang lepas.
"Yang lepas biarkan ia be...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Awak, boleh lepaskan saya tak? Geli lah." kata Minju. Doyoung memeluk erat wanita kecil itu dengan satu senyuman lebar. Hatinya terasa tenteram dan selamat.
"Awak masak apa lagi ni? Saya baru habis makan awak dah masak lagi. Membazir kan.." kata Doyoung. Minju mengeluh lemah.
"Hari ni kan ayah awak balik. Saya kena siapkan masakan untuk dia lah." kata Minju dengan hati yang berat. Doyoung mula berdiri kaku.
"Doyoung, dengar sini. Awak kena dengan cakap ayah awak je. Jangan takut. Saya ada nanti. Awak kena tenang. Sabar...."
"Saya tak nak dia balik. Ugh!" Minju memeluk Doyoung dengan erat. Lelki itu meronta-ronta minta dilepaskan. Minju hanya mampu menangis.
"Doyoung, kita berdua nak bersama itu mustahil. Saya dah bertunang. Saya tak boleh ada dengan awak lagi." kata Minju serba salah. Doyoung mencengkam wajah Minju kuat.
"Kau tipu aku! Penipu! Kenapa? Awak nak tipu saya juga ke? Awak permainkan saya?!" jerit Doyoung. Minju meronta-ronta mencari nafas.
"Doyoung, maafkan saya—uhuk! Itu semua arahan ayah awak. Saya kena—" kepala Minju dihentak ke dinding. Wanita itu rebah ke lantai.
....................................
Mask diletakkan di muka. Doyoung berjalan keluar daripada rumah dengan selamat. Dia melangkah ke kota bandar seoul. Dia perlukan masa untuk bersendirian.
Minju sudah tidak lagi bekerja sebagai pembantu rumah. Wanita itu sudah pergi 2 hari lepas tanpa khabar berita. Doyoung berasa kesal.
"Kenapa, semua tinggalkan aku? Kenapa semua paksa aku buat bende yang aku tak suka?" ujar Doyoung.
Doyoung tiba di rooftop pejabat ayah nya. Suasana Seoul yang terang benderang sama sekali tidak manarik perhatian Doyoung. Dia sudah penat hidup.
"Eomma, bogoshippeo..."
"Nanti! Awak dah giler ke!" tangan Doyoung berjaya direntap oleh seorang lelaki. Doyoung menoleh. Lelaki tua yang berumur itu nampak seperti bukan warganergara korea.
"Saya Kamaruzzaman. Tolong, jangan bunuh diri. Apa kata awak ikut saya pulang ke negara saya. Saya akan sediakan apa yang awak mahu." kata Encik Kamaruzzaman. Doyoung menepis tangan lelaki itu kasar.
"Encik, tuhan dah tak sayang saya. Semua orang yang saya sayang dah tinggalkan saya. Saya patut mati." kata Doyoung. Encik Kamaruzzaman mengeluh berat.
"Allah takkan lupakan hamba nya. Dia sayang semua umat nya. Jangan risau Doyoung, Allah ada bersama kamu." kata lelaki berumur itu lagi. Kening Doyoung berkerut aneh.