"Ell, tengah hari ni kelas batal. Jadi, terus balik lah kan?" tanya Aryna. Elliana menoleh lalu menggeleng.
"Hari ni ada solat zohor dan solat hajat berjemaah. Jadi, kita semua kena pergi surau dulu baru boleh balik awal." kata Elliana. Aryna mengangguk lemah.
"Kenapa? Ada masalah ke?" tanya Elliana. Aryna menggosok leher nya.
"Taklah, saya tak pernah solat berjemaah dekat sekolah. Yelah, sekolah saya memang waktu full." kata Aryna. Elliana mengangguk faham.
"Nak tahu tak. Walau sekuat mana pun kita belajar, tapi kalau Alah tak redho kan segala nya, kita takkan dapat A tu." kata Elliana. Aryna terdiam.
Redho? Tidak pernah dia mengetahui hal sebegitu. Biasanya, markah exam nya baik saja. Cuma, tahun ni agak kurang memuaskan.
"Nak join saya study tak malam ni. Dekat library. Boleh kita siapkan kerja sama-sama." ajak Elliana. Aryna berfikir sejenak.
"Tapi, Doyoung tu bagi ke? Bagi kot..tapi dia tu tegas betul. Haih.." omel Aryna. Dia berpaling kepada Elliana semula.
"Erm, boleh kan? Pukul 8.30 nanti saya datang rumah awak." kata Elliana. Aryna mengangguk setuju.
.................................
"Eh, nenek nak pergi surau dah ke? Kenapa lambat?" tanya Aryna. Nek Salmah terkocoh-kocoh memakai telekung.
"Nenek terlajak. Ha, malam ni nenek balik pukul 10 sebab ada kelas mengaji. Nanti, kalau nak pergi library, jangan lupa tutup pintu." pinta Nek Salmah. Aryna mengangguk faham.
"Assalamualaikum." Doyoung memberi laluan kepada Nek Salmah. Wanita berumur itu berjalan pantas ke surau.
"Doyoung! Hari ni kau tak payah ajar aku lah. Ell ajak aku study kat library." kata Aryna. Doyoung menggeleng pantas.
"Ah! Tak percaya aku. Tengok-tengok membawang dengan kawan. Kau ingat aku tak tahu kau ni jenis macam mana?" kata Doyoung. Aryna memuncungkan mulut nya.
"Assalamualaikum, Aryna~" Aryna memandang Doyoung sambil tersengih. Doyoung hanya mampu mengangguk.
"Sekejap!" Aryna terus mengambil buku-buku milik nya. Langkah nya diatur pantas.
"Ouh, Balqis rupanya." kata Doyoung. Langkah Aryna terhenti.
"Balqis?" tanya Aryna pelik. Elliana mengangguk.
"Nama penuh saya Balqis Elliana. Dia sorang je panggil saya Balqis." kata Elliana. Aryna diam terkaku.
"Eish, apa aku fikir ni." Aryna mengetuk kepala nya sendiri. Dia dan Elliana mengautr langkah ke Library dihujung kampung.
Aryna sempat menoleh ke arah Doyoung. Pandangan lain daripada yang lain. Senyuman Doyoung semakin melebar.
"Dah kenapa mamat tu. Demam ka?"
.................................
"Eh, nenek. Berat tu. Biar Aryn buat." Aryna mengambil sebakul baju di tangan Nek Salmah. Wanita berumur itu hanya tersenyum.
"Ala, setakat baju ni apalah sangat. Terima kasih.." kata Nek Salmah. Aryna tersenyum lalu duduk di ruangan depan.
Hati nya sudah berubah sedikit demi sedikit.
"Ayah takde kata nak balik sini ke Nek?" tanya Aryna. Nek Salmah hanya menggeleng sambil melipat baju. Satu keluhan dilepaskan.
Ibu dan ayah nya selalu sibuk. Biasalah tu.
"Macam mana study? Ok ka?" tanya Nek Salmah. Aryna mengangguk lemah sambil senyum kelat.
"Tak pernah Nenek tgk si Dugong tu tolong perempuan lain kat kampung ni. First time tengok dia macam tu." kata Nek Salmah. Aryna tergelak kecil.
Memang sesuai erkataan Dugong dengan Doyoung tu. AGAGAGA
"Esok nenek nak pergi sawah. Nak ikut?" tanya Nek Salmah. Aryna kaget. Perkara itulah yang ditakuti nya.
"Erk, esok Aryna kena—"
"Ah, asyik belajar je. Kalau Doyoung paksa kamu belajar, bagitahu nenek. Belajar banyak-banyak nanti otak lesuu." kata Nek Salmah.
"Matilah nakk. Habis aku besok." getus Aryna.
YOU ARE READING
ego. dy✔
FanfictionSIRI ISLAMIK FANFIC Siapa sangka, wanita yang duduk di bandar di paksa tinggal duduk di kampung. Aryn, si gadis liar telah tinggal di kampung dan hidup bersama nenek nya yang tidak pernah dikenali sejak 14 tahun yang lepas. "Yang lepas biarkan ia be...