Bab 2

2.7K 180 63
                                    

"Hai..." Kata sapaan terlahir di bibirku, ada getaran sedikit. Sudah lama rasanya aku tidak menegur insan bernama lelaki. Kali terakhir peristiwa bunga daisy itu. Lama sangat dah. Oleh itu, adalah juga perasaan nervous membelit jiwaku tatkala berhadapan dengan pujaan hatiku yang telah lama aku cari selama ini.

Lelaki itu tegak berdiri, matanya masih tidak berganjak dari paparan handphonenya. Masih ralit, seolah-olah aku tidak wujud. Adakah suaraku terlampau perlahan?

Aku seka peluh, kemungkinan dia tidak mendengar. Nafas ku tarik dan dihela berat. Ish, Asiah yang kau gementar sangat kenapa? Rileks boleh tak? Ini bukan kau tahu tak, kau dah tiada perasaan. Kau beku dengan segala rencah perasaan. Bukankah semuanya mati sejak peristiwa berdarah itu? Kenapa perlu sekarang kau nak berubah jadi perempuan normal di luar sana? Wake up, Asiah! Wake up!

"Ehem... Hai Yusuff..." Nadaku meninggi sedikit, jari-jemariku naik mencucuk bahunya. Ingin menyedarkan dia yang mengelamun itu.

Wajahnya diangkat, mata kami beradu tepat. Liurku terteguk rakus. Pandangan matanya meluncur tajam menusuk hingga ke jantung. Aku terpaku tanpa dapat membuahkan bicara. Adrenalineku terasa mengalir deras sehinggakan seluruh tubuhku membeku.

Ya Allah. Memang benar dia Yusuffku.

Mengapa baru hari ini aku tersedar tentang kewujudan dia di sini? Masa yang berlalu terasa membazir, kalaulah aku tahu dia belajar di tempat yang sama, sudah lama aku merancang untuk mengikat hatinya sebelum Zulaikha menggoda dia.

Keningnya ternaik tinggi, mukanya beriak terkejut. Sedikit sahajalah, lalu kendur apabila dia menilik aku atas sehingga bawah. Pipiku pula hendak memerah, malulah discan oleh lelaki kacak ini.

"Who are you?"

Aku kemam bibir rapat, tak tahulah nak jawab apa. Dia kenal aku lagi tak? Rasanya baru setahun berlalu, mana mungkin dia lupakan tentang aku dan bunga daisy.

"Saya Asiah... Awak ingat tak pasal bunga daisy?"

"Asiah? Ada lagi eh nama ketinggalan zaman macam tu. Tch." Sinis suaranya seakan mempersendakan namaku. Dia menayang muka bosan, lalu anak matanya mencerun semula ke skrin handphone. Tidak lagi mahu memandang wajahku.

Geram juga, tetapi tak berbekas pun. Dah terbiasa orang mengejek nama aku. Takde siapa gemar nama aku, yang mereka gemar mengejek aku terutama ketika aku menduduki zaman sekolah menengah dahulu. Hidup sentiasa dibuli macam binatang. 

"Aku tak kenal kau. Boleh blah tak?" Kasar dia mengujar, tidak langsung peduli aku yang terkial-kial ingin menerangkan pertemuan pertama kami. Takkanlah dia lupa secepat ini?

"Awak pernah bagi saya bunga daisy. Kat kedai bunga. Awak lupa ke?"

Bibirnya tersungging sinis, tidak lama dia kembali memandang wajahku. Memang muka dia jelas tidak menyukai aku. Dia juga merenung aku dengan muka bosannya.

"I don't remember it. Benda bodoh apa pulak aku nak buat sampai perlu bagi bunga daisy dekat kau. For what? Ke kau sengaja reka cerita sebab nak attention aku? Ke kau ni attention seekers?"

"Bila masa s...s...saya attention seekers? Saya tak tipulah. Memang awak bagi saya bunga daisy tu. Awak ada cakap..."

"Stop talking. Aku tahu aku ni lelaki paling kacak kat kolej ni, but rasanya kau silap oranglah nak menipu. Aku jenis lelaki tak melayan perempuan, nak-nak perempuan level rendah macam kau. Cuba kau tengok cermin, layak ke muka macam kau ni nak try lelaki sekacak aku?" Dengan penuh berlagaknya dia mencemuh aku. Pandangan menghinanya sungguh menikam ke jantung. Hatiku memang benar-benar dicemari luka yang berdarah. Aku tak kesah orang lain nak caci aku, tapi lelaki yang pernah hadirkan senyuman di bibirku ini pula menghina aku. Ternyata lukanya lebih dalam dan kejam.

Blouse hitam yang membaluti tubuh aku cengkam kuat.

"Huh. Buang masa layan minah murahan macam ni." Dia menggumam perlahan, tetapi masih aku dapat dengar sebutir demi sebutir. Memang telinga aku nak bernanah dituduh jadi perempuan murahan. Salah ke aku nak berkenalan dengan dia? Argh, kau berpura pulak Asiah. Kau sendiri dah pasang motif hendak menawan lelaki ini supaya jadi milik kau. Jadi, kau ada masa ke nak melayan hati kau yang sakit sangat tu, hah?

Yusuff menapak beberapa langkah, ingin berlalu meninggalkan aku. Dalam nafas yang tertahan, aku tarik beg galasnya. Tidak sangka perbuatanku itu membuatkan muka Yusuff beriak bengang. Dia mara menghadap aku.

"Kau nak apa lagi, s***!?" Herdiknya lantang. Ada beberapa mata menoleh-noleh kerana terkejut dengan suara Yusuff.

Aku tersenyum kelat. Berlagak macam hati tak tersentuh pun dengan herdikan dia. Biar dia tahu aku bukan jenis perempuan yang mudah mengalah.

"Saya nak number awak. Saya nak kenal awak. Saya..." Aku hentikan bicara bila dia menjegilkan mata. Tahulah permintaan aku gila. Aku memang tak reti malu. Haraplah dia tak tampar aku.

"Kau ni dungu, ke? Dah aku cakap suruh tengok cermin tu, maknanya aku tak sudi nak ada apa-apa hubungan dengan kau. Aku tak suka ada perempuan miang ganggu hidup aku, terutamanya kau!" Sekali lagi aku dihina dikhalayak ramai. Bahuku ditolak-tolak hingga belakang tubuhku terlekap di dinding. Sakit jugalah, tapi ini sikit je. Aku boleh tahan.

"Kau blah jelah! Cari mangsa lain. Aku dah ada fiance, tak pandang orang lain. Si Suzanne yang jelita tu pun aku tolak mentah-mentah, inikan pulak kau yang miskin ni. Pakaian pun low class ada hati nak number aku. Hish, jijiklah dengan kau!"

Aku tak peduli. Aku tak nak mengalah lagi. Kerana akal warasku menghilang ditelan amarah kerana dihina, aku menyembamkan mukaku di dadanya seraya mendakap tubuhnya dengan erat.

Tergigil sedikit tanganku, bimbang juga kalau aku bakal dikasari oleh Yusuff. Mungkin aku akan ditolaknya dengan kasar. Dihumban juga sehingga aku jatuh tergolek ke lantai. Tetapi aku tidak kesah asalkan dapat senyapkan seketika bibir dia yang selalu mengalir racun berbisa apabila berbicara denganku.

Dada Yusuff berdebar kencang begitu juga aku. Seketika aku berasa tenang berada dalam pelukan dia. Inikah yang dikatakan indahnya dosa?

Walaupun ini haram, hatiku tetap memilih untuk tidak melepaskan dia. Kalaulah masa dapat dihentikan, aku rela berkeadaan begini sepanjang hayatku. Tidak perlu lagi aku menghadapi perjalanan hidupku yang berendam duri-duri luka.

Aku lelah hendak menghadap ibu yang gila di rumah, dan seorang kakak yang tak berguna di dalam penjara. Tidak habis-habis dua manusia itu mencalarkan tinta kehidupanku. Corak hidupku tidak pernah indah kerana mereka.

"Let me say something... Listen carefully... Before something bad happen, I wish you get lost..."

Tersentak juga hatiku dibuatnya. Tetapi aku suka dengar suara garaunya berbisik halus di halwa telinga. Kalau dapat dengar suara seksi ini hari-hari, memori luka aku pasti dapat ditimbus hingga ke nisan. Selepas itu, aku boleh kecapi bahagia, bukan?

"Tak nak. Saya suka awak, Yusuff. Selama ni saya tunggu awak, sebab saya dah jatuh hati sejak pertama kali jumpa awak di kedai bunga tu. Saya tak nak lepaskan awak dah." 

...

Writer's comment : siapalah yang boleh berani mcm asiah ni. Selalu watak jahat je perangai mcm ni. Haha

Tuan Yusuff, Heartless Love (Ebook)Where stories live. Discover now