Bab 7

1.9K 124 25
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.









"Woi, bangun!"

Badanku digoyang-goyangkan bagai nak rak. Jerkahan itu mengejutkan aku dari lena. Aku cuba buka mata, pedih betul. Kepalaku juga masih berat.

"Betina s******! Bangun! Aku kata bangun!" Pipiku direngkuh oleh satu tangan kekar. Mataku terpaksa dicelik luas, jantungku nak tercabut melihat wajah Yusuff. Mataku mencerun ke badannya... Ya Allah. Kenapa dia tak berbaju?

"Apa kau buat pada aku, s***? Kau rancang semua ni, kan?! Kau perangkap aku!" Pipi aku dilepaskan kasar dan tangannya melayang sebuah penampar di parasku. Hatiku berkocak hebat menerima kebas yang begitu memeritkan di atas perbuatan Yusuff. Apa semua ni? Setega ini Yusuff mengasari aku?

"Yusuff! Apa awak cakap! Saya tak faham!" Aku mempertahankan diri, dadaku sesak melihat dia bertindak agresif merengkuh daguku sehingga terdongak ke atas. Aku cuba menolak tangannya, keadaan ini tidak aku fahami. Kepalaku pula masih sakit berdenyut-denyut.

"Kau berlakon innocent? Hah? Kau pura-pura tak tahu? Kau tak tahu?! Cuba kau tengok keadaan kau dengan aku. Kau tengok puas-puas, hadam apa yang jadi malam tadi! Kau hadam!" Selajur itu, tangan kanannya merentap gebar yang menyelimuti tubuhku tadi, aku terpana melihat keadaan aku yang sangat mengaibkan, tanpa seurat benang.

"Yusuff..." Aku menggeleng tidak percaya. Aku dan dia melakukan perkara terkutuk?

Tanganku menggigil menarik kembali gebar untuk menutup tubuhku. Giginya diketap kuat, nampak rahangnya bergerak-gerak menggambarkan amarah yang menjulang tinggi.

Yusuff menarik tubuhku dan dihempas jatuh ke lantai. Sekelip mata, aku tergolek di bawah. Selimut itu aku tarik bersama kesakitan mula menjalar di punggung dan kepalaku kerana hentakan kuat itu.

"Kau nak duit, kan? Dari awal kau menyemak dalam hidup aku sebab duit, kan? Nah, kau makan semua ni sampai mampus! Aku tak nak tengok muka s*** kau depan aku lagi! S***** punya betina!"

Kepingan-kepingan not duit dicampak ke muka aku. Aku terngadah melihat nasib aku seteruk ini diperbuat oleh Yusuff. Hatiku sakit, terlalu sakit. Hina benar aku dipandangan Yusuff. Aku perlu putus asakah hanya kerana ini? Tetapi, apa sebenarnya yang sedang berlaku. Dalam sakit yang mendera, aku cuba mengali semula ingatan-ingatan malam kelmarin.

Kepala aku ketuk dengan tangan, aku gagal menarik kembali memori itu. Mata aku alihkan apabila nampak kaki Yusuff berdiri tegak depan aku.

"Asiah! Aku nak kau pandang aku sekarang! Pandang aku!"

Aku diam membatu, tidak mungkinlah aku nak tengok keadaan dia yang aib itu. Memang iman aku nipis, namun aku  tak pernah berangan hendak membuat maksiat seperti ini walaupun lelakinya adalah lelaki yang aku cintai. Aku berdosa! Terlalu berdosa. Ya Allah, bantu aku, kejutkan aku dalam mimpi. Ini hanya mimpi bukan?

"Asiah! Kau pekak?! Kau sengaja nak cabar aku?!"

Aku pejam mata  serapatnya, jerkahan Yusuff itu membuatkan seluruh tubuhku sedikit menggigil. Kesejukan penghawa dingin juga menggigit badanku yang hanya dibaluti selimut sederhana nipis. Tidak tebal sangat, ianya berwarna cream cair. Aku memeluk tubuh lebih rapat, menyembunyikan makhota yang selayaknya milik suami. Fikiranku kelam dan gelap daripada segala bayang memori. Hatiku berdetak nyaring seolah-olah memujuk diri agar menganggap semua ini mimpi ngeri.

"Argh!" Bibirku mengerang sakit. Pipiku kebas dilayangkan sebuah penampar. Tidak dapat melawan, mata terbuka luas apabila terasa tubuhku diheret kasar. Tanganku masih kemas mencengkam selimut, tidak mahu auratku menjadi tatapan dia.

"Yusuff. Jangan buat saya macam ni," sayu aku meminta belas ehsan. Air mata seperti mahu tumpah, tetapi aku telan sahaja sakit ini. Perbuatan kasar Yusuff masih tak setanding perbuatan mama setiap hari padaku. Badan aku umpama tempat melempias kebencian dan amarah. Aku dah terbiasa dan lali, cuma... Aku tak nak diperlakukan sezalim ini daripada Yusuff. Aku perlu perlindungan dan keselamatan daripada lelaki, bukan seksaan seperti ini.

"Aku tak tahu macam mana rancangan kau boleh berjaya setahap ni, Asiah! Seumur hidup aku tak pernah sentuh perempuan! Tapi, kenapa dengan perempuan kotor macam kau, aku boleh sentuh? Apa kau buat pada aku, hah?! Kau kasi dadah dalam minuman aku, kan?! Mengaku sekarang!"

Tuduhan Yusuff sungguh melampau. Aku kecewa dengan dia, dalam hati ini terasa mahu membenci Yusuff sepuas-puasnya. Tangan ini mahu merosakkan bibir itu, yang sewenang-wenangnya melemparkan fitnah kepadaku. Namun, hati ini juga tidak sanggup. Hati ini lemah mahu menggapai jiwanya, mahu melembutkan sanubari kerasnya yang telah dirasuki amarah dendam.

Ketukan pintu bertalu-talu menamatkan  ungkapan benci dari sinar mata Yusuff. Aku sedikit lega apabila Yusuff bangkit bangun, keadaan Yusuff hanya tidak berbaju. Seluar pendek atas peha itu sahaja yang dipakainya. Aku menunduk menahan malu. Teramat malu. Malu dengan Tuhan, dan malu dengan diri sendiri. Keji sungguh aku. Kenapa aku jadi begini?

...

"Aku dah agak, kau memang pembawa s***! Hidup tak habis-habis nak malukan aku!" Mama menunjal-nunjal dahiku, tudung yang aku pakai direntap sehingga terlerai begitu sahaja. Aku hanya berdiri tegak tidak membalas apa-apa. Dari ekor mata, Yusuff hanya menjadi penonton. Dia tidak menahan mama langsung. Mama mula menampar-nampar kepalaku bagai dirasuk. Aku tahan diri.

"Lepas ni, jangan muncul depan aku! Kau bukan anak aku lagi! Kau faham?!" Rambutku direntap kasar seraya itu tubuhku ditolak sehingga aku terjelopok jatuh di tar jalan. Kakiku dipijak kuat sebelum dia berlalu meninggalkan aku.

Aku termenung kosong, sakit ini dibiarkan berdenyut-denyut. Bagaimana mungkin aku tidak sakit, tapak kasut mama telah meninggalkan kesan darah akibat daripada goresan itu. Kulit ibu jariku terkopek luas. Sakit macam nak meraung, namun lidahku kejung. Aku tak berdaya waktu ini.

"Bagus. Ini yang kau nak, Asiah. Mama kau dah buang kau. After that, aku akan hancurkan hidup kau sampai kau rasa nak mati."

Aku terkesima. Sanggup suami aku tuturkan bicara sekejam itu? Tidakkah dia rasa bersalah mengungkap kata-kata kasar itu setelah menjadikan aku isterinya setengah jam tadi?

...

Writer's comment : Kesian Asiah 😭





Tuan Yusuff, Heartless Love (Ebook)Where stories live. Discover now