Bab 4

1.7K 124 37
                                    

"Hoi, perempuan!"

Aku buka pintu, jerkahan itu tidak aku endahkan. Padahal aku tahu jika aku membisu, jahanam tubuh aku akan dikerjakan oleh wanita berumur itu. Lebam akibat dibelasah menggunakan hanger di belakang tubuhku masih lagi terasa ngilu. Aku meletak kasut di atas rak, bunyi derapan kaki mama kuat menghentam lantai mozek. Entah apa pula kali ini mama tidak berpuas hati terhadap aku?

"Kau pekak?! Aku panggil tak reti nak menyahut ke?!" Suaranya menengking kasar, seiring itu ada libasan hanger mengenai bahuku. Aku ketap bibir, tahan sakit.

Allah.

Kenapa mama tidak pernah lelah daripada menghukum aku begini?

Apa lagi perlu aku buat untuk menenteramkan jiwa bertuhankan amarah syaitan itu?

"Maaf mama. Siah baru balik. Mama nak apa? Siah penat, kenapa nak pukul Siah tiba-tiba ni?" Aku cuba kawal gelodak amarahku ini, sedaya upaya aku rendahkan nada suara. Aku tidak mahu bertindak luar batasan seperti mama. Walaupun dia sering menyakiti jiwa dan ragaku, dia masih mama aku.

Tanpa dia, aku tak lahir di dunia ini!

"Kau tanya kenapa?! Kau tahu tak aku kebulur! Yang kau tak balik-balik apahal? Kau nak tunggu aku mati baru kau nak balik ke, hah?!" Tudung yang membalut kepalaku direntap sehingga tertanggal, lalu dia campak ke bawah lantai. Tidak cukup itu, rambutku dicengkam sekuat-kuatnya. Aku terdongak tidak mampu menghalang. Sakitnya jelas tidak terperi. Namun, sakit ini sudah biasa aku telan setiap hari. Aku sudah lali. Mama membenciku kerana peristiwa itu. Dia ingin membunuhku secara perlahan demi perlahan. Dia nak tengok aku sengsara!

"Sakit, ma..." Aku mengadu. Dia tidak peduli, malah dia tolak tubuhku sehingga terlanggar meja kopi. Kepalaku terhentak di bucu meja. Sakitnya, Ya Allah. Rasa pedih itu makin menyengat ditemani kehangatan cecair yang mengalir lesu di permukaan kulit kepalaku. Aku meraba belakang yang terasa basah.

Ah, darah.

Kesakitan itu bertambah apabila mama menarik aku secara paksa. Dia suruh aku berdiri dalam keadaan aku tidak stabil. Tempurung kepalaku dah berpusing-pusing ibarat tidak berpijak di dunia yang nyata, aku di awang-awangan.

"Hei, bangun! Kau masak sekarang sebelum aku pijak kau cukup-cukup! Dari dulu sampai sekarang, hidup tak menyusahkan aku memang tak sah! Anak tak guna!"

Tanpa rasa bersalah mama menarik rambut aku dan diheretnya aku memasuki ruang dapur. Setelah aku kembali dapat berdiri dengan sisa kudratku, mama melepaskan rambutku.

Tetapi, ini bukan berakhirnya deraan mama.

Seperti yang aku sangka, tangan mama dah merayap cuba mencapai periuk di dalam almari. Aku pejam mata, tanganku pula berpaut pada singki. Rasa hendak menangis, tetapi aku tak boleh. Mama paling benci melihat air mataku turun, dia akan lebih bertindak luar kawalan. Pernah dahulu aku menangis meminta belas ehsannya, namun apa yang aku dapat? Mama, dia merendam tanganku dalam air panas. Sejak itu, aku mendidik diri agar bersikap kental. Aku tidak mahu merasai kesengsaraan paling dahsyat itu.

"Kau berangan pulak apahal, bodoh? Kalau lambat siap, memang nahas kau, aku kerjakan!"

Kepalaku dihentak periuk dua kali, seraya itu dihempas sahaja periuk itu di singki. Aku ketap bibir, cuba tahan cecair di dalam kelopak mata. Jangan mengalir, jangan cuba kau nangis!

...

"Kenapa kau ba****** sangat, Siah! Aku dah cakap aku tak nak makan makanan sampah macam ni, s***! Kenapa bodoh sangat kau ni, bodoh langsung tak boleh diajar. Ke kau sengaja nak naikkan darah aku, Siah!"

Aku tak faham. Serius... Aku masak elok-elok dalam keadaan aku sesakit ini, dia masih lagi tak berpuas hati. Dia nak aku masak makanan 5 bintang ke, apa? Dia fikir ramuan kat rumah cukup? Aku masak dengan bahan apa yang ada. Takkanlah aku nak ke kedai dalam keadaan aku macam ni, ditambah lagi masa yang singkat. Kalau aku lambat masak, dia juga yang mengamuk.

"A...apa yang kurang, ma?" Soalku cuba berlembut, meja makan aku dekati. Isi dalam pipi aku gigit, gementarnya membayangkan tindakan mama seterusnya nanti.

Matanya terjegil tajam, tiapkali dia melihat aku. Hanya wajah bengisnya sahaja ditayangkan khusus untukku. Tidak pernah lagi aku terima riak penuh kasih sayangnya seperti dahulu kala. Mama, kenapa susah sangat mama nak terima keadaan yang sebenar. Asiah tak salah, mama. Kakak yang bersalah. Kenapa hanya Asiah yang mama benci? Sedangkan kakak...

"Kau nak tahu apa yang kurang? Nak?"

Aku angguk laju. Aku boleh masak lagi sekali jika itu boleh menenangkan mama. Jika itu dapat memberi kepuasan kepada mama.

Dia bangun, sudu yang terisi lauk ayam dan nasi panas berasap-asap di permukaan sudu. Pipiku dicengkam kuat sehingga terbuka mulutku, tanpa dapat aku mengelak dia memasukkan makanan itu ke dalam mulutku.

Sejalur itu, mulutku ditekup sekuat hati. Aku mengerang kesakitan, lidahku kebas kerana terpaksa telan nasi yang panas itu. Mama menekan mulutku, mukanya dihias senyuman kemenangan. Dia tergelak suka.

"Ini balasan untuk kau. Suka sangat buat aku sakit hati, kan? Masak masin, kau nak kasi aku dapat penyakit, kan? Kau tak sabar nak tengok aku mampos macam yang kau buat pada bapak kau dulu! Dasar anak ce****!"

Dia tolak aku sehingga terjelopok jatuh. Tertunduk wajahku, tidak sanggup melihat wajah mama lagi. Aku takut air mataku tumpah. Ya Allah, tolong beri aku kekuatan. Aku kuat, kan? Sakit macam mana pun, aku tak boleh izinkan air mata aku jatuh.

"Kau pandang aku, sekarang!"

Aku terpaksa juga mendongak. Sekelip mata, lauk dan nasi dilumur di mukaku. Kebas dan perit sekali. Disentalnya, lada di pipiku sekuat hati seolah aku ini bukan anaknya. Aku diam, bibirku menggeletar.

Yusuff, tolong bawa aku pergi.

...

Writer's comment : Diharapkan sesiapa yang membaca buku ini memberikan komen, saya perlukan sokongan anda. Terima kasih 🥀

Tuan Yusuff, Heartless Love (Ebook)Where stories live. Discover now