"Keluarlah, kau nak duduk dalam kereta sampai kau mampos?" Kasar benar suaranya menjerkah aku. Baru sahaja hendak bertenang sambil melayan perasaan sedih aku sudah diherdik dia. Perlahan tangan mahu membuka pintu kereta, tetapi aku sekali lagi terkejut apabila terdengar kuat hempasan pintu keretanya.
Pintu kereta dibuka luas oleh Yusuff, lalu dia menarik aku secara paksa supaya keluar. Entah apa yang merasukinya, dia mengheret aku sehingga ke muka pintu.
Aku mengaduh sakit, lenganku dicengkam kuat macam nak terputus rasanya. Makin aku meronta, kesakitanku makin perih.
"Yusuff, lepaskan saya. Sakit..." Rayuan terpaksa aku lepaskan di bibir. Belum habis kesakitan kerana jatuh angkara mama tadi, sekarang terpaksa pula aku hadapi kesakitan kerana Yusuff. Kenapa Yusuff sebegini tekad hendak menyeksa aku? Bukan aku yang rancang pernikahan ini, aku juga terperangkap.
"Kau diam. Aku tak nak kau bercakap sepatah pun! Kalau kau melawan tengoklah nasib kau macam mana."
Tombol pintu utama dipulas dan dia kembali meneruskan langkah panjang hingga ke ceruk ruang tamu. Aku meliarkan pandangan, besar gila rumah banglo ini. Rekaan dan hiasan dalamannya indah belaka. Berwarna emas dan campuran putih. Aku terngaga sedikit kerana kagum, belum pernah aku saksikan depan mata rumah secantik dan sebesar ini. Dah macam istana.
"Siapa perempuan yang Seif bawa ke rumah ni?" Terpacul suara wanita linkungan 50-an, aku terus halakan pandangan ke hadapan. Mama Yusuff ke? Mata wanita itu memandang aku atas bawah dan berakhir di wajahku. Mukanya berkerut, tidak mengerti mengapa aku hadir bersama anaknya di dalam rumah ini.
"Orang gaji baru. Seif jumpa tepi jalan tadi. Kesian ma, Seif angkut jelah dia sebab dia merayu sangat nak kerja jadi orang gaji."
Hatiku dirobek kejam. Sampai hati dia cakap aku orang gajinya? Setahap ini dia memperlakukan aku? Status aku sebagai isterinya juga dia tidak mahu mengaku. Aku sungguh terkilan, lelaki dambaan dan aku puja ini rupanya hatinya keras umpama batu kerikil.
Mama menghampiri kami berdua, matanya berlaga denganku, seolah dalam senyap meminta penjelasan tentang apa yang diperkatakan oleh anaknya. Aku hanya mampu kuncikan bibir memandangkan lenganku makin dicengkam Yusuff. Dia telah memberi amaran awal-awal kepadaku. Jadi aku hanya perlu mengikut rentaknya sahaja kan?
"Mama, don't worry. Dia bukan kekasih Seif. Taste Seif bukan seteruk ni, ma..." Selajur itu, tanganku dileraikan begitu sahaja. Sindirannya sedikit sebanyak menyakitkan hati. Aku tahan sabar selagi terdaya. Nampaknya benar ugutannya semasa di pejabat kadi tadi, dia dah lancarkan rancangan ingin mematikan aku secara perlahan-lahan.
Benar, separuh hatiku ini dah hilang rasa mahu bahagia. Sedikit demi sedikit kesakitan menggigit tangkai hati. Namun, aku sudah terbiasa dicerca mama. Cumanya, aku perlu membiasakan diri menebalkan telinga agar hinaan dia bakalan tidak membekas di hati seperti yang aku rasainya apabila berhadapan dengan mama. Aku bukan wanita biasa yang mudah mengalah. Yusuff tidak akan menang. Dia akan aku tumpaskan suatu hari nanti. Meskipun hal itu lambat dan kian tidak menjadi nyata. Aku tetap akan menjadikan takdir yang bermula sengsara ini berakhir bahagia.
"Urm, okay. Mama percaya. So, dia dah boleh start kerja esok. Malam ni dia rehat dulu, yelah tengok muka dah tahu pucat. Letih sangat tu."
Aku diam, berdasarkan bicaranya kedengaran seperti dia mengambil berat dan simpati namun aku tidak buta lagi untuk menilai. Mama dia sedang menyindir aku secara berkias dan matanya masih memandang aku dengan riak menjengkelkan.
"Ma... Biar jelah dia buat kerja. Orang miskin macam dia tak payah nak bagi muka sangat. Dah dia merayu nak kerja, bagi ajelah kerja berlambak kat atas tu. Mak Sue tu kita kasi rehat kejap. Biar orang muda ni pulak buat kerja. Betul tak, ma?"
YOU ARE READING
Tuan Yusuff, Heartless Love (Ebook)
RomanceDikenali sebagai The Heartless Love / Isteri Tuan Yusuff (Cut Scene) Kerana pertemuan pertama, hati Asiah berdetak cinta untuk jejaka kacak bermata hazel itu. Cintanya bukan sembarangan, cintanya luar biasa sehingga dia nekad merampas cinta jejaka...