"You like this place?"Aku tak sangka tempat ini menjadi destinasi kami. Hatiku merusuh kurang senang, kakiku melemah membayangkan seberapa banyak dosa bakal aku galas di pundakku kerana Yusuff. Tidak penah terlintas langsung aku akan menjejakkan kaki di pub. Sarang maksiat yang menjadi kegemaran insan tidak berakal di luar sana.
Ya Allah.
Adakah aku salah tingkah dalam mengejar cinta Yusuff?
"Baby, why? Kau tak suka?" Bahuku dipautnya rapat dengannya. Haruman maskulinnya menusuk ke ruang udaraku. Aku tenggelam, entah mengapa berada dekat bersamanya bagaikan satu mimpi indah yang terlalu aku dambakan di sepanjang hidupku. Aku tidak sedar, dia sudah membawa aku masuk ke dalam.
"2 bottles wine. Most expensive."
Suara Yusuff memecah dunia anganku, aku terpinga-pinga memerhati dunia gelap dan penuh kelam ini. Benar-benar tidak ku sangka, pelbagai aksi sedang hangat diperlakukan oleh manusia sekelilingku. Mereka hanyut dan aku juga begitu. Hatiku mula perlahan terbiasa dengan keadaan itu, secara tiba-tiba sahaja perasaan kurang enak beransur pergi.
"You will enjoy, baby. How about take off your scraf first? It's weird seeing you now... Can you?"
Yusuff tersenyum sinis, dagunya ditongkatkan dengan tangannya. Perhatiannya diberi kepada aku seorang, dia pandang aku lain sangat. Tidak seperti sebelum ini, yang aku dapat rasa pandangannya lebih menggoda. Bunyi bising dan bingit langsung tidak mengganggu aku tatkala tangan Yusuff perlahan membuka manik shawlku sehingga makhotaku terpampang buat pertama kalinya depan lelaki bukan mahram. Shawl itu dicampak sahaja ke bawah.
"Look, your hair is pretty. And, baby... Have a sip... This drink is special just for you." Begitu mudah aku terjerat dalam khayalan yang dicipta Yusuff. Wine itu disua kepadaku, aku menelan dengan rakus. Tidak aku tahu apa rasanya, air yang menitik di dalam kerongkong payau namun hatiku bertukar hangat bersama cinta yang berbunga kerana senyuman Yusuff makin melebar. Dia merenung aku tidak lepas, aku sukakan layanan dia sekarang ini. Mesra dan membahagiakan.
Jari-jemari Yusuff menari di celahan rambut depanku yang terurai lembut.
"You must really like me, right?"
Aku angguk laju. Kepala aku seperti dicucuk-cucuk, entah apa yang terjadi. Pandangan aku sedikit kabur, tapi aku tahan daripada menutup mata. Aku tak nak hilang pandangan Yusuff yang indah padaku pada saat ini.
"How about a dance?"
Aku senyum senang, dan ketawa manja. Pinggangku dirangkul erat. Aku menggigit bibir sedikit apabila terasa ada hembusan hangat menampar cuping telingaku.
"I'm yours tonight, baby."
Kedua tanganku diraih dan dilabuhkan atas lehernya. Aku tegakkan tubuh apabila rasa nak melayang. Tak seimbang, terumbang ambing ke kiri kanan. Mujur, pinggangku dipeluk Yusuff. Dia paut seeratnya membuatkan tubuhku kekal rapat dengan tubuhnya.
Aku mendongak memandang wajahnya. Ketika ini, tiada senyuman terhias. Matanya tunak merenungku tanpa biasan bahagia. Dia bergerak dan mula menari, aku mengikut rentaknya.
"I will make you hate me, baby."
Pinggangku perlahan dilepaskan, aku separuh tidak mengerti. Fikiranku juga dah melilau, aku tak faham apa maksud Yusuff.
"Qhaizer, take this b****!"
Dahiku berkerut seribu, siapa Qhaizer? Kenapa dengan Yusuff? Dia tak nak menari dengan aku lagi? Sebab apa? Aku hampir rebah apabila aku tak dapat seimbangkan badan, namun ada tangan lain memaut pinggangku.
Haruman asing menerpa hidung membuatkan aku cuba menolak pelukan itu. Tetapi, aku tidak berdaya memandangkan aku dah khayal di bawah pengaruh arak.
"Aku dah warning, kau tetap degil, kan? You deserved this. I swear, you will love it."
Aku cuba mendongak, ingin melihat siapa pula mengganggu momen indah aku dan Yusuff. Mataku yang kuyu tercelik luas demi seraut wajah itu. Aku kenal, lelaki ini... Siapa ya? Fikiranku kelam dan makin kelam. Macam nak pitam, tapi aku tahan mata. Tak boleh, aku nak tahu siapa dia. Dan di mana Yusuff. Mana dia pergi? Kenapa tinggalkan aku?
"Siapa kau? Mana Yusuff?" Keras aku menyoal, geram kerana lelaki lain sesuka hati sentuh aku begini. Apa hak dia?
Lelaki berjaket kulit itu menyeringai tawa. Dia menari tanpa hiraukan pertanyaan aku. Sesekali tangannya lincah membawa aku berdansa mengikut rentak yang aku kira sukar. Hampir nak terpelecok aku di situ.
Dia perlahankan gerak, wajahnya merapat di parasku, merenung aku sedalamnya.
"Don't worry, Yusuff kau akan buat comeback tak lama lagi. Dia ada hal, kejap je. Kejap je dia datang sini balik. Sekarang, have fun with me. Okay?"
Aku tutup mata, sakit makin bermaharajalela di kepala. Entah apa yang berlaku, aku rasa duniaku sekeliling tidak ada sebarang bunyi. Tubuhku rebah ingin jejak ke lantai, tetapi pautan itu kuat sehingga aku terkulai di dalam dakapan lelaki yang tidak aku kenali itu.
YOU ARE READING
Tuan Yusuff, Heartless Love (Ebook)
RomanceDikenali sebagai The Heartless Love / Isteri Tuan Yusuff (Cut Scene) Kerana pertemuan pertama, hati Asiah berdetak cinta untuk jejaka kacak bermata hazel itu. Cintanya bukan sembarangan, cintanya luar biasa sehingga dia nekad merampas cinta jejaka...